Harian Metro

PERANCIS ATAU CROATIA?

-

Malam esok menampilka­n aksi kemuncak bola sepak dunia dengan perlawanan akhir Piala Dunia 2018. Anda sedia maklum Perancis akan bertemu Croatia dan ini boleh dianggap perlawanan antara dua pasukan terbaik pada kejohanan kali ini.

Namun, sebelum perlawanan akhir, Belgium akan bertemu England untuk merebut tempat ketiga. Dua pasukan ini akan ke gelanggang dengan perasaan hampa kerana kegagalan pada separuh akhir. Setiap kali gagal atau kecundang anda berpeluang untuk menganalis­is punca kegagalan itu.

Di sini, Belgium menyesal kerana tidak mempunyai pemain yang memiliki kualiti seimbang. Persembaha­n Belgium bukan saja dicorakkan pemain seperti Kevin de Bruyne atau Eden Hazard, malah pertahanan kanan atau pertahanan sayap kanan. Pemain dari PSG, Thomas Meunier memainkan peranan yang begitu penting di sayap kanan.

Dia menjadi pemain penting dalam corak permainan Belgium dan ketiadaann­ya amat dirasai menentang Perancis pada separuh akhir. Tanpa Meunier, maka Belgium terpaksa membuat rombakan dan ketika inilah mereka terperangk­ap. Dengan keputusan menurunkan Nacer Chadli yang sentiasa selesa sebagai pemain sayap kiri di pertahanan kanan bermakna Belgium hilang keseimbang­an.

Pemain ini yang lebih selesa memainkan peranan sebagai pemain gantian, tidak serasi dengan rakan sepasukan sebagai pertahanan kanan. Tambahan pula apabila pemain sayap kiri Yannick Carrasco juga diletakkan di bangku simpanan.

Dengan itu Belgium tidak dapat bertindak secara “decisive” walaupun lebih banyak menguasai bola. Sekiranya dulu anda sedia mencari dua pemain bagi setiap posisi, kini pula setiap pemain dikehendak­i menjadi pakar di dua posisi.

Di peringkat dunia, setiap perincian bagaimana kecil pun harus diberi perhatian maksimum.

England pula gagal di tangan Croatia walaupun mempunyai semangat baru di bawah bimbingan Gareth Southgate yang lebih peka dengan kehendak bola sepak moden. Walaupun kelihatan ada peningkata­n, tetapi ada juga kelemahan yang harus diberi tumpuan.

Kebolehan pemain yang terhad, lantas Croatia bijak bertindak untuk memberi ruang kepada pemainnya.

Pemain yang dimaksudka­n adalah pertahanan Harry Maguire serta pemain tengah Jordan Henderson. Dua pemain ini tidak selesa dan bijak membuat lorongan bola yang bahaya. Anda dapat lihat setiap kali dua pemain ini menguasai bola, mereka tidak diberi tekanan kerana sudah pasti kebolehan dua pemain ini terhad.

Maguire memang mahir dengan tandukan, tetapi tidak selesa apabila menguasai bola, manakala Henderson pula lebih gemar mematahkan serangan lawan. Di sini anda harus memuji taktik Croatia yang menggunaka­n kelemahan pemain England sebagai satu senjata.

Kini anda akan menyaksika­n dua pasukan yang mantap apabila Perancis menentang Croatia.

Perancis mempunyai pasangan pertahanan tengah gandingan pemain Real Madrid iaitu Raphael Varane dan Samuel Umtiti dari Barcelona. Pemain simpanan Barcelona, Ousmane Dembele boleh memainkan peranan penting sebagai pemain gantian.

Croatia pula akan menurunkan gandingan pemain tengah, Luka Modric dari Real Madrid dan Ivan Rakitic dari Barcelona. Mereka turut mempunyai Mateo Kovacic dari Real Madrid di bangku simpanan.

Satu lagi pasukan La Liga, Atletico Madrid akan diwakili Antoine Griezmann dan

 Trofi Piala Dunia pasti jadi milik pasukan

bijak manipulasi kelemahan lawan

Lucas

Hernandez berdepan rakan sekelab Sime Versaljko. Sementara itu, pemain simpanan Perancis, Steven N’Zonzi dari Sevilla sudah membuktika­n kebolehann­ya.

Kelebihan pasti memihak Perancis, tetapi apa yang akan menjadi motivasi adalah keperitan serta kepedihan yang dirasai dua tahun lalu apabila tewas di tangan Portugal pada final Euro 2016. Sudah pasti pemain

Les Bleus tidak ingin kecewa sekali lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia