Harian Metro

Kek Lapis Siti Payung digemari kerabat diraja

-

Miri: “Ia satu penghormat­an apabila perniagaan kek lapis yang diusahakan sejak 10 tahun lalu menjadi menu santapan kerabat diraja dari pelbagai negeri,” kata Pemilik Kek Lapis Siti Payung Mohamad Hafidz Rohani antara yang terkenal di sini.

Mohamad Hafidz berkata, dia teruja apabila kedai kek lapisnya di Pusat Komersial Waterfront itu dikunjungi chef dari hotel terkemuka kelmarin yang memintanya memilih kek lapis terbaik untuk kerabat diraja.

Menurutnya, kek berkenaan akan dihidangka­n sempena Mesyuarat Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) di hotel terkemuka di sini hujung minggu ini.

“Ia satu penghormat­an apabila diberitahu kek ini akan menjadi antara menu santapan kerabat diraja dari Perlis, Kedah dan Terengganu sempena majlis itu.

“Sebanyak 20 kek lapis membabitka­n 12 jenis yang terbaik dipilih antaranya masam manis, Oreo dan

katanya. Katanya, kek berkenaan dipilih kerana mempunyai corak unik selain dapat menterjema­hkan rasa asli kek lapis Sarawak.

“Meskipun tidak dapat mempersemb­ahkan kek lapis ini secara bersemuka, ia cukup bermakna bagi diri saya.

“Bagi saya, ia adalah penghargaa­n dan kepercayaa­n buat saya dan semua warga Siti Payung sepanjang terbabit dalam perniagaan kek lapis ini,” katanya.

Antara yang hadir sempena Mesyuarat Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) adalah Tengku Temenggong Kedah Tengku Puteri Intan Syafinaz Sultan Abdul Halim, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l dan Tengku Seri Temenggong Raja Datuk Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud dari Terengganu.

 ??  ?? MOHAMAD Hafidz melihat anugerah yang diperolehn­ya sepanjang menceburi perniagaan kek lapis sejak 10 tahun lalu.
MOHAMAD Hafidz melihat anugerah yang diperolehn­ya sepanjang menceburi perniagaan kek lapis sejak 10 tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia