Harian Metro

TING KEKAL ADUN PUJUT

- Mohd Roji Kawi mdroji@nstp.com.my

Mahkamah Rayuan di sini, semalam, menolak rayuan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Speaker DUN Sawarak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar serta Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan e-Dagang Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh untuk mengetepik­an keputusan Mahkamah Tinggi yang mengembali­kan hak Dr Ting Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut.

Rayuan tiga pihak terbabit dibuat selepas Mahkamah Tinggi pada 17 Jun tahun lalu memutuskan untuk mengekalka­n status Dr Ting sebagai ADUN dari DAP selepas beliau disingkirk­an DUN Sarawak kerana didakwa memiliki dua kerakyatan.

Keputusan itu ditentukan selepas rayuan mengetepik­an keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalka­n keputusan status Dr Ting ditolak tanpa kos oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.

Abang Iskandar yang bersidang bersama Harmindar Singh Dhaliwal menolak rayuan oleh tiga pihak terbabit, manakala seorang lagi panel, Datuk Mary Lim Thiam Suan pula memutuskan untuk membenarka­nnya.

Abang Iskandar dan Harmindar sependapat bahawa perayu tidak mempunyai bidang kuasa untuk melucutkan status Dr Ting sebagai wakil rakyat berikutan memiliki kerakyatan warga Australia yang sudah dilepaskan­nya sebelum dipilih menjadi ADUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016.

Abang Iskandar berkata, DUN Sarawak hanya mempunyai kuasa untuk menentukan status ahli dewan itu dibatalkan kelayakann­ya selepas pilihan raya.

Pada 12 Mei tahun lalu, DUN Sarawak memutuskan dengan undi majoriti melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai ADUN Pujut kerana mempunyai dua kewarganeg­araan iaitu Australia dan Malaysia.

Dr Ting kemudian memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuching pada 7 Jun tahun lalu bagi mencabar kehilangan kelayakann­ya sebagai wakil rakyat.

Mahkamah Tinggi dalam keputusann­ya pada 17 Jun tahun lalu mengisytih­arkan bahawa tindakan DUN Sarawak membatalka­n kelayakan Dr Ting adalah menyalahi undang-undang kerana bertindak di luar batas perlembaga­annya.

Mahkamah tolak rayuan DUN Sarawak ketepi keputusan Mahkamah Tinggi

 ??  ?? DR Ting (tengah) meraikan kemenangan­nya dalam kes status kewarganeg­araan terhadapny­a
di Mahkamah Persekutua­n Kuching.
DR Ting (tengah) meraikan kemenangan­nya dalam kes status kewarganeg­araan terhadapny­a di Mahkamah Persekutua­n Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia