Harian Metro

Isi lebih manis pilihan ramai

-

Jasin: Sebut saja Kupang Sebatu pastinya mereka yang pernah merasai makanan laut ini akan terbayang rasanya yang begitu enak serta kemanisan isinya.

Kupang atau juga dikenali sebagai siput sudu ini pastinya menjadi menu wajib kepada penggemar makanan laut yang berkunjung ke restoran ikan bakar.

Dikatakan, penggemar kupang akan memilih Kupang Sebatu, berbanding kupang daripada kawasan lain kerana isinya yang lebih manis.

Sebatu diambil daripada nama lokasi kupang berkenaan diternak iaitu Kampung Kuala Sebatu, yang terletak kira-kira lima kilometer dari Sungai Rambai, Jasin.

Selain Sebatu, beberapa lokasi lain di Melaka antaranya Umbai, Telok Mas dan Pantai Puteri turut terdapat ternakan sama, tetapi ia dijalankan secara kecil-kecilan oleh nelayan dan individu persendiri­an.

Nelayan, Baharudin Rasul, 35, berkata, permintaan Kupang Sebatu amat tinggi sehinggaka­n ada individu tidak bertanggun­gjawab cuba menipu pembeli dengan menggunaka­n nama Kupang Sebatu sedangkan kupang yang dijualnya itu diperoleh daripada lokasi lain.

“Kerana keenakan isinya yang manis, ramai penggemar meminati Kupang Sebatu dan mereka juga boleh membezakan antara rasanya dengan kupang diperoleh daripada lokasi lain.

“Disebabkan itu ada individu yang sanggup menipu dengan menggunaka­n nama Kupang Sebatu, sedangkan kupang dijualnya itu diperoleh daripada lokasi lain,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia