Harian Metro

3 varian MINI Cooper gaya urban

-

Kuala Lumpur: MINI Malaysia memperkena­lkan tiga varian MINI Cooper baru, moden ikonik kompak dengan penggayaan baru digabungka­n dengan inovasi dalam teknologi pemanduan, keterhubun­gan canggih dan tarikan urban.

Tiga varian berkenaan adalah MINI Cooper S tiga pintu dan lima pintu baru serta MINI John Cooper Works yang ditawarkan dengan enjin dan transmisi terkini daripada BMW Group yang patuh standard Euro 6c.

Ketiga-tiga varian ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM226,888 bagi MINI Cooper S, RM236,888 (MINI Cooper S lima pintu) dan RM283,888 (MINI John Cooper Works).

Ketua MINI Malaysia, Kidd Yam berkata, sejak MINI generasi ketiga diperkenal­kan pada 2014, ia berjaya dijual lebih 1,500 unit di Malaysia.

“Rakyat Malaysia sememangny­a menggemari keghairaha­n pemanduan ala go-kart yang menjadi ciri utama MINI dengan penambahba­ikan model yang dibangunka­n menerusi reka bentuk kompak premium jentera ikonik,” katanya selepas melancarka­n model MINI di sini, semalam.

MINI Cooper S tiga pintu dan lima pintu dikuasakan enjin Turbo TwinPower 2.0 liter empat silinder yang menjana 192 kuasa kuda (hp) dan tork 280Nm.

MINI John Cooper pula mendapat sentuhan istimewa meskipun menggunaka­n rangkaian kuasa sama tetapi mampu menghambur kuasa 231 hp dan tork 320Nm.

MINI terbaru juga menetapkan tanda aras yang baru bagi elemen emotif, dan reka bentuk signatur bagi kenderaan ini seperti Projektor Logo MINI, Lampu Hadapan LED dan Lampu Belakang Union Jack dengan lampu nyalaan siang serta elemen logo baru pada badan kenderaan.

 ??  ?? YAM (kanan) bersama Ketua Komunikasi Korporat
BMW, Sashi Ambi pada pelancaran MINI Cooper baru.
YAM (kanan) bersama Ketua Komunikasi Korporat BMW, Sashi Ambi pada pelancaran MINI Cooper baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia