Harian Metro

SOLAT TAUBAT MAT REMPIT

93 ditahan dalam operasi diarah tolak motor sejauh 10km sebelum ditarbiah

- Hamzah Osman cnews@nstp.com.my

Seramai 93 mat rempit bukan saja terpaksa menolak motosikal sejauh 10 kilometer malah dibawa ke masjid untuk menunaikan solat taubat.

Itu antara pengajaran perlu ditempuh mat rempit berusia antara 15 dan 28 tahun selepas mereka ditahan dalam Op Samseng Jalanan bermula tengah malam kelmarin dan berakhir jam 7 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superinten­dan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, operasi bersepadu disertai pelbagai agensi itu memfokuska­n lima lokasi terpilih sekitar daerah ini.

Katanya, 93 individu terdiri daripada 81 lelaki dan 12 wanita ditahan dan 103 saman turut dikeluarka­n membabitka­n pelbagai kesalahan.

“Sebaik ditahan, mat rempit diarah menolak motosikal ke balai trafik sebelum mereka diminta ke Masjid Al-Hana, Kuah untuk menunaikan solat taubat dan solat Subuh berjemaah.

“Pihak masjid turut menyediaka­n telekung kepada wanita dan kain pelekat untuk lelaki,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Iqbal berkata, operasi terbabit turut disertai pegawai dari Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Pejabat Agama Daerah Langkawi dan Pejabat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah.

“Bagaimanap­un, seorang anggota trafik berpangkat sarjan luka pada lutut dan tapak tangan selepas terjatuh ketika cuba menahan kumpulan mat rempit.

“Kami juga menyita 85 motosikal dan ahli keluarga semua pesalah turut dihubungi sebelum mereka diserahkan kembali kepada waris,” katanya.

Pihak masjid turut menyediaka­n telekung kepada wanita dan kain pelekat untuk

lelaki

Mohd Iqbal

 ??  ??
 ??  ?? MAT rempit mendengar ceramah agama di Masjid Al-Hana, Kuah selepas ditahan dalam Op Samseng Jalanan di sekitar
Langkawi, semalam.
MAT rempit mendengar ceramah agama di Masjid Al-Hana, Kuah selepas ditahan dalam Op Samseng Jalanan di sekitar Langkawi, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? MAT rempit khusyuk mendengar ceramah agama.
MAT rempit khusyuk mendengar ceramah agama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia