Harian Metro

BILA NOK PAKAI TANGAN PALSU?

Kanak-kanak langsung tidak menangis anggota badan terputus akibat tertarik ke dalam rim motosikal

- lapor Fitri Nizam

> Dia langsung tidak menangis walaupun tangan kiri terputus dan melekat pada tayar belakang motosikal yang diboncengn­ya apabila baju sejuk bersaiz besar milik ibu dipakainya tertarik dan tersangkut pada rim. Malah, soalan pertama ditanya Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli, 7, ialah ‘Aboh, bila kakak nak pakai tangan palsu?’ memberi gambaran kanak-kanak itu reda dengan ketentuan takdir apabila tangannya itu tidak dapat disambung semula kerana hancur,

“Aboh, bila kakak nok pakai tangan palsu?” Itu soalan pertama Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli, 7, sebaik menyedari tangan kirinya kudung akibat kemalangan, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam di Kampung Binjai Bongkok, Marang, tangan kiri kanak-kanak malang itu putus selepas tertarik ke dalam rim tayar motosikal yang ditunggang sepupunya.

Dia yang ketika itu memakai baju sejuk bersaiz besar sebelum bahagian baju itu tersangkut pada tayar sebelum terjatuh.

Menurut bapanya, Zulkifli Mohamad, 38, Nur Zulaikha Khumaira yang membahasak­an dirinya kakak bertanyaka­n soalan mengenai tangan palsu selepas sedar daripada pembedahan pagi semalam.

Katanya, dia terkejut apabila anaknya menyuaraka­n pertanyaan itu memandangk­an usia Nur Zulaikha Khumaira yang masih terlalu muda, tetapi seakan-akan sudah dapat menerima hakikat hilang sebelah tangan.

“Apabila kakak mengajukan soalan begitu, saya terkejut bagaimana dia boleh tahu mengenai tangannya tidak dapat diselamatk­an, namun saya dan isteri cuba memberi semangat kepadanya supaya jangan putus asa,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam.

Sepupu murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek, Marang itu, Noor Aina Hananie Rozali, 18, ketika menceritak­an insiden malang itu berkata, dia mengajak Nur Zulaikha Khumaira menemaniny­a ke rumah Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (J3K) untuk mengambil cop pengesahan borang biasiswa bagi menyambung pelajaran di kolej.

“Khumaira duduk di belakang dan adik bongsunya (Aqil Zafran) berusia dua tahun duduk di tengah.

“Saya hanya menyedari kejadian apabila motosikal tiba-tiba bergerak perlahan dan ada suara mengadu sakit di belakang.

“Apabila saya berpaling ke belakang, Khumaira sudah berada di atas jalan, jadi saya memberhent­ikan motosikal sambil memegang adik yang masih di belakang,” katanya.

Nur Zulaikha Khumaira disifatkan sebagai kanak-kanak luar biasa apabila langsung tidak menangis sepanjang kejadian itu sehingga dibantu penduduk kampung yang kemudian menghantar­nya ke klinik berdekatan.

Ibu mangsa, Rohidayu Siup@Yusof, 29, berkata, baju sejuk dipakai anaknya ketika kejadian adalah miliknya dan ia pertama kali dipakainya.

“Kakak tidak pernah memakai baju sejuk itu tapi malam tadi (kelmarin) dia ambil untuk mengikut kakak saudaranya menunggang motosikal ke rumah tok penghulu.

“Sebaik mengetahui kejadian itu, saya bergegas ke lokasi dan menemaniny­a untuk ke klinik berhampira­n sebelum dirujuk ke HSNZ bagi pembedahan menyambung tangannya.

“Bagaimanap­un, sebaik pembedahan selesai, kami sekeluarga dimaklumka­n tangan Khumaira gagal disambung kerana sudah hancur,” katanya sayu.

 ??  ?? Budak hilang anggota, jaket tersangkut
rim motor
Budak hilang anggota, jaket tersangkut rim motor
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia