Harian Metro

SAHABAT ‘PERGI’ BERSAMA

- Farah Suhaidah Othman cnews@nstp.com.my

 Tiga lelaki maut kereta rempuh belakang lori

Taiping

Tiga lelaki maut manakala seorang cedera selepas kereta dinaiki merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 225 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat sini semalam. Dalam kemalangan jam 8.50 pagi itu, Lobpithai Lee Sern Koung, 25, yang memandu kereta Perodua Myvi dan penumpang hadapan kereta sama, Tan Hock Lai, 24, maut di lokasi kejadian.

Seorang lagi penumpang, Ong Cheng Lian, 23, maut ketika dirawat di Hospital Taiping manakala penumpang tempat duduk belakang berusia 23 tahun cedera ringan.

Pemandu lori berusia 27 tahun bagaimanap­un tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki semua mangsa dan lori berkenaan dalam perjalanan dari Ipoh menghala ke Pulau Pinang.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta terbabit merempuh bahagian belakang lori yang berada di lorong kiri lebuh raya.

“Akibat kemalangan itu, dua daripada empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Taiping dan seorang lagi masih menerima rawatan di hospital sama,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik hospital terbabit untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati ia berlaku di jalan lurus, sehala dan mempunyai dua lorong.

“Ketika polis tiba di lokasi kejadian, dua mangsa maut masih berada di tempat kemalangan dan polis meminta bantuan anggota bomba mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam kereta terbabit.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping, Izuan Che Ibrahim ketika dihubungi berkata, setiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati dua lelaki yang duduk di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan tersepit.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa kemalangan sebuah kereta merempuh belakang sebuah lori di kilometer 225 Lebuhraya UtaraSelat­an arah utara.
ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa kemalangan sebuah kereta merempuh belakang sebuah lori di kilometer 225 Lebuhraya UtaraSelat­an arah utara.
 ??  ?? TAN
TAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia