Harian Metro

Lapan bulan ‘salah bantal’

-

Saya sering mengalami kesakitan pada bahu, urat belikat dan leher di bahagian kiri. Keadaan ini berlaku setiap kali bangun tidur. Rasanya sakit macam salah bantal jika dirujuk kepada istilah popular orang Melayu.

Kesakitan yang dirasakan teruk hingga saya tidak boleh menoleh dan berterusan sepanjang hari. Begitulah keadaan saya pada setiap hari sejak lapan bulan lalu. Kesakitan pernah hilang apabila saya makan ubat tahan sakit votaren, tapi muncul semula beberapa jam kemudian.

Sekarang ubat tahan sakit sudah tidak berkesan lagi. Kini bahu kiri saya sudah jadi kaku dan tidak boleh digerakkan seperti biasa. Pada sebelah malam, tidur saya terganggu kerana sakit berdenyut dalam bahu. Pergerakan bahu jadi terbatas. Pakai baju dan sikat rambut antara aktiviti yang menyeksaka­n. Saya juga pernah menjalani rawatan di hospital dan beberapa klinik swasta. Doktor mengatakan ada tisu koyak dan kecederaan pada otot bahu. Doktor mahu buat rawatan artroskopi tapi saya rasa tidak yakin. Antara rawatan alternatif yang pernah saya lakukan ialah bekam darah, bekam angin, akupunktur, urut dan pengambila­n pil Neurobion.

Namun, tidak dapat melegakan kesakitan saya alami. Kini saya dalam keadaan yang sangat tertekan. Apakah sebenarnya penyakit saya ini? Apakah rawatan yang boleh doktor syorkan?

Sakit tengkuk, bahu dan belikat ialah gejala yang kerap berlaku dalam kalangan kita. Kebanyakan kes adalah disebabkan otot yang mengalami ketegangan (muscle strain) kerana penggunaan yang melampau. Fenomena salah bantal juga antara manifestas­i keadaan ini.

Ini ialah kecederaan akut (acute pain) yang bersifat sementara (1-2 minggu) dan biasanya ubat tahan sakit boleh memberikan kelegaan ketara, di samping rawatan urutan dan aktiviti regangan.

Jika sakit leher berlarutan lebih dari tiga bulan kemungkina­n besar anda mengalami sakit sendi faset tengkuk (cervical facet syndrome). Penyakit ini sejenis keradangan sendi (artritis) yang kronik akibat proses penuaan pada tulang belakang.

Bahagian paling biasa terdedah kepada penyakit ini adalah pinggang dan leher kerana kedua-dua bahagian inilah yang paling banyak melakukan pergerakan pada tulang belakang kita.

Sakit pada leher akan lebih ketara pada sebelah pagi selain rasa kejang. Pening atau rasa ‘hanyut’ juga boleh menyusul. Selain itu, otot-otot pada bahu dan leher juga menjadi tegang, lemah dan sakit bila melakukan pergerakan pada leher dan bahu .

Ada ketulan pada otototot yang terbabit dan sangat sakit apabila dipicit (trigger point). Pesakit juga berasa seperti kebas pada tangan atau jari. Jika sendi bahu sudah mula sakit, kaku dan susah digerakkan, ini menandakan anda sudah mendapat masalah sampingan iaitu kekakuan sendi bahu (frozen shoulder).

Ini biasa berlaku pada pesakit yang menghidap sakit sendi faset leher jika dibiarkan tanpa rawatan. Rawatan perubatan alternatif banyak yang tidak terbukti keberkesan­annya. Rawatan yang mujarab ialah suntikan radiofreku­ensi pada saraf sendi faset. Suntikan ini akan melemahkan saraf yang membawa ‘signal’ sakit pada sendi terbabit. Apabila saraf sudah ‘kebas’, maka tiada lagi rasa sakit pada leher dan bahu. Gejala sampingan lain seperti pening, kebas jari, bahu kaku, perut berangin pun akan hilang. Jika anda sudah tidak rasa sakit, anda akan lebih produktif.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia