Harian Metro

MENCARI RM50,000

- Suraya Roslan surayarosl­an@hmetro.com.my

Menjual durian menerusi perkhidmat­an penghantar­an terus ke rumah antara usaha pendaki solo negara Khairil Aslan Ab Rasid, 43, untuk mencukupka­n dana bagi menjayakan Ekspedisi Mendaki dan Berbasikal di India, sedang dirancang.

Khairil Aslan berkata, mengikut perancanga­n, dia memerlukan sekitar RM50,000 untuk menawan puncak Gunung Stok Kangri di Banjaran Stok, India dan menjelajah negara itu dengan berbasikal.

Katanya, dia bukan sekadar mahu mencari kepuasan sebaliknya menunjukka­n semangat patriotik dan cintakan negara dengan cara tersendiri iaitu mengibarka­n Jalur Gemilang di puncak gunung berkenaan yang setinggi 6,153 meter dari aras laut.

Menurutnya, setakat ini, dia sudah mengumpul RM25,000 hasil jualan durian dan jika semua perancanga­n berjalan lancar Khairil Aslan, akan berlepas ke India 21 Ogos depan. “Pengalaman memilih durian yang bagus diperoleh kerana saya memang sudah lama

 Pendaki solo jual durian kumpul dana bagi ekspedisi daki, berbasikal di India

dalam bidang ini, malah sejak kecil saya kerap habiskan masa di dusun milik keluarga di Batu Kurau, Pahang.

“Berikutan saya ada sedikit kelebihan dan tahu cara nak pilih buah yang terbaik jadi kepakaran itu saya tawarkan dalam bentuk jualan dan perkhidmat­an penghantar­an,” katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, antara ditawarkan adalah IOI King Himalaya, 144 Himalaya, 99 Himalaya dan Tangkai Curut.

Baginya dia mahu memberikan perkhidmat­an terbaik dan memastikan pelanggan menikmati isi durian paling enak kerana mereka mengeluark­an belanja besar untuk membeli raja buah.

Bapa kepada empat enak itu memberitah­u, pada sebelah pagi dia akan mendapatka­n bekalan durian daripada peraih dan memulakan penghantar­an bermula jam 4 petang hingga jam 11 malam.

“Keutamaan saya memberikan perkhidmat­an terbaik kepada orang ramai dengan menawarkan durian paling bagus pada harga berpatutan,” katanya.

Bekas jurutera itu berkata, mengikut perancanga­n dia akan memulakan ekspedisi berbasikal melalui jalan paling bahaya di Utara India iaitu Khardung La selepas misi menawan puncak gunung Stok tercapai.

 ??  ?? KHAIRIL Aslan menjual durian bagi mendapatka­n dana ekspedisi mendaki dan berbasikal di Gunung Stok Kangri, India.
KHAIRIL Aslan menjual durian bagi mendapatka­n dana ekspedisi mendaki dan berbasikal di Gunung Stok Kangri, India.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia