Harian Metro

BAGAI HARI KEMERDEKAA­N KEDUA

-

Dua tahun berlalu, namun tragedi berdarah cubaan rampasan kuasa yang gagal pada 15 Julai 2016 terus dikenang dalam sejarah Turki sebagai lambang kebangkita­n rakyat negara itu mempertaha­nkan suara demokrasi mereka.

Sempena ulang tahun kedua tragedi yang mengorbank­an lebih 250 orang awam dan mencederak­an lebih 2,500 yang lain, pelbagai acara peringatan diadakan di seluruh negara dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan, dijadualka­n berucap kepada orang ramai di Istanbul dan Ankara hari ini.

Upacara peringatan bermula di Parlimen Turki di daerah Bestepe, Ankara dan Jambatan Bosphorus, Istanbul yang turut dikenali sebagai Jambatan Syahid 15 Julai.

Erdogan dijadualka­n menziarahi pusara mereka yang terkorban pada malam tragedi terbabit di Ankara sebelum menghadiri sesi waris di Parlimen.

Erdogan kekal sebagai presiden Turki selepas memenangi pilihan raya Presiden pada 25 Jun lalu.

Beliau dijadualka­n makan bersama dengan waris terdekat korban tragedi itu di kompleks pentadbira­n presiden di Bestepe.

Beliau kemudian akan ke Istanbul menyertai acara peringatan di jambatan bersejarah itu yang menjadi lokasi penting dalam tragedi pada 15 Julai 2016.

Selain itu, semua masjid membabitka­n 81 wilayah di seluruh Turki juga mengadakan solat hajat mendoakan kesejahter­aan dan keselamata­n negara ini.

Susulan tragedi berdarah itu, Ankara menuduh bekas pemimpin dari negara itu yang kini berlindung di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen dan organisasi­nya Fethullahi­st Terrorist Organisati­on (FETO) sebagai dalang cubaan rampasan kuasa.

Perintah darurat dikuatkuas­akan di seluruh Turki mulai 20 Julai 2016 dan sudah tujuh kali diperbahar­ui dengan yang terbaru akan tamat pada 19 Julai ini.

Ketua Pengarah Bahagian Media dan Maklumat merangkap Ketua Penasihat kepada Presiden Turki, Mehmet Alarms berkata, sambutan kali ini amat bermakna buat Turki dalam usaha pentadbira­n Erdogan mempertaha­nkan demokrasi.

“Upacara peringatan ini amat besar ertinya kepada seluruh rakyat Turki kerana mereka adalah watak utama mematahkan cubaan kudeta terbabit.

“Berikutan itu, sambutan yang diadakan ini boleh dianggap seperti hari kemerdekaa­n

>>Erdogan kekal sebagai presiden Turki selepas memenangi pilihan raya Presiden pada 25 Jun lalu

 Sambutan ulang tahun cubaan rampasan kuasa 2016 amat bermakna buat Turki dalam usaha mempertaha­nkan demokrasi

kedua buat Turki selepas hari kemerdekaa­n pertama (29 Oktober 1923),” katanya ketika sesi taklimat kepada kira-kira 300 media antarabang­sa yang dijemput membuat liputan acara peringatan itu di Istanbul, semalam.

Mehmet berkata, Turki kini sedia bekerjasam­a dengan semua negara di dunia termasuk berkongsi maklumat risikan mengenai pergerakan FETO.

“Kami bernasib baik kerana cubaan rampasan kuasa itu berjaya ditumpaska­n pada malam tragedi terbabit, jika tidak Turki pasti menjadi tumpuan kemasukan pengganas dari negara lain,” katanya.

 ??  ?? PINDAAN perlembaga­an memberi kuasa eksekutif lebih besar kepada Erdogan sebagai Presiden Turki .
PINDAAN perlembaga­an memberi kuasa eksekutif lebih besar kepada Erdogan sebagai Presiden Turki .
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia