Harian Metro

BUKAN ‘BONEKA’

- Syafiq.aznan@nstp.com.my

 Hamidin tidak akan ikut telunjuk mana-mana pihak

tabir.

Isyarat itu juga sekali gus menepis persepsi segelintir pihak yang mendakwa beliau hanya menjadi proksi kepada individu tertentu yang memiliki agenda tersendiri dalam badan induk itu.

“Belum pun saya menduduki kerusi ini, cakap-cakap bernada sinis sudah kedengaran. Ada yang mendakwa saya sekadar presiden boneka kerana ada tokoh lain di sebalik tabir yang memegang tali dan saya sekadar mengikut rentak tarinya.

“Tapi saya beri jaminan tidak akan mengikut telunjuk mana-mana pihak, sebaliknya saya akan bertindak sendiri demi FAM dan kepentinga­n bola sepak secara amnya serta menjalin kerjasama intim dengan semua pemegang taruh,” katanya.

Hamidin yang juga bekas Setiausaha Agung FAM sah menduduki ‘kerusi panas’ persatuan itu bagi baki penggal 2017-2021 selepas menang tanpa bertanding pada Kongres FAM di sini, semalam.

Beliau mengisi kekosongan ditinggalk­an penyandang­nya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang melepaskan jawatannya pada 25 Mac lalu selepas setahun mengemudi persatuan itu. Mengulas lanjut mengenai perancanga­nnya selaku nakhoda baru FAM, Hamidin menjelaska­n tiga elemen penting akan diberikan keutamaan dengan tumpuan segera kepada proses reformasi yang perlu dilalui persatuan itu.

“Tiga elemen penting ini adalah prestasi dan peningkata­n pasukan kebangsaan serta program akar umbi termasuk membabitka­n Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) dan Kementeria­n Pendidikan.

“Selain itu, matlamat kami adalah menjanakan sumber dan pembiayaan kewangan yang stabil dan kukuh untuk FAM demi melonjakka­n bola sepak negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia