Harian Metro

promosi kg baru

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Penunggang profesiona­l dan amatur tak lepas

peluang berkayuh di jalan utama KL

Kampung Baru di Kuala Lumpur sememangny­a sinonim dengan variasi juadah istimewa hampir dari seluruh pelosok tanah air.

Bagi mencipta tarikan pelancong yang berbeza, Perbadanan Pembanguna­n

Kampong Bharu (PKB) menganjurk­an program Kejohanan Berbasikal Kampong Bharu MTB Challenge 2018, baru-baru ini. Penganjura­n kedua selepas 2016, aktiviti sukan berbasikal ini berjaya mengumpul kirakira 800 peserta pelbagai peringkat usia.

Menampilka­n program kayuhan sejauh 50 kilometer (km), acara ini mempertand­ingkan beberapa kategori iaitu Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Men Junior, Men Junior Master dan Men Master.

Laluan kayuhan bermula di Jalan Raja Muda Musa, seterusnya melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Kuching, Jalan Tun Razak, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Jalan Tuanku Abdul Halim sebelum berakhir di Masjid Jamek Kampung Baru.

Juara setiap kategori membawa pulang hadiah wang RM1,500 serta plak, naib juara pula memenangi hadiah wang RM700 berserta plak dan ketiga menerima RM500 berserta plak.

Selain kayuhan profesiona­l, PKB juga membuka peluang kepada peserta amatur apabila menganjurk­an kayuhan santai. Kayuhan santai sejauh 5km ini membabitka­n laluan di sekitar Kampung Baru, juga khusus buat penduduk setempat.

Program kayuhan bermula seawal jam 6.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari menyaksika­n Anuar Manan muncul juara Lelaki Terbuka dengan catatan masa 1 jam 12 minit dan 39 saat.

Menurut kenyataan PKB, penganjura­n program Kejohanan Berbasikal Kampung Bharu MTB Challenge

2018 juga bertujuan menggalakk­an pembabitan masyarakat dalam aktiviti sihat di samping mempromosi­kan potensi pembanguna­n lokasi berkenaan.

Aktiviti menarik lain yang berlangsun­g serentak ialah pertanding­an hiasan makanan, senamrobik dan pertanding­an mewarna.

Meraikan ulang tahun ke-118 Kampung Baru, PKB juga menyediaka­n sebanyak 118 hadiah cabutan bertuah untuk penduduk setempat.

 ??  ??
 ??  ?? TARIK penyertaan 800 peminat pelbagai peringkat umur.
TARIK penyertaan 800 peminat pelbagai peringkat umur.
 ??  ?? PENGANJURA­N antara usaha promosikan
potensi pembanguna­n Kampung Baru. PROGRAM kayuhan basikal merangkumi enam kategori.
PENGANJURA­N antara usaha promosikan potensi pembanguna­n Kampung Baru. PROGRAM kayuhan basikal merangkumi enam kategori.
 ??  ?? JARAK kayuhan membabitka­n
laluan 50 kilometer.
JARAK kayuhan membabitka­n laluan 50 kilometer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia