Harian Metro

Sosej Kemboja

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Kedai makan kayu lama dihiasi aneka barangan

antik, terbit rasa nostalgia pelanggan

Tong Mo yang dibakar di atas dapur arang tidak saja menerbitka­n aroma yang membangkit­kan selera, malah menyediaka­n kelainan pada menu ditawarkan restoran Kukus di Klang, Selangor.

Tong Mo adalah daging cincang yang diperap dengan rempah istimewa dan disumbat ke dalam usus lembu nipis. Ia adalah makanan tradisiona­l rakyat Kemboja, malah lebih popular dipanggil sosej Kemboja.

Selain Tong Mo, masakan kampung dengan cita rasa Pahang seperti gulai patin tempoyak, patin masak asam pedas, sambal tempoyak pucuk ubi kayu, ayam masak kunyit dan kari kaki ayam antara menu di kedai makan itu yang beroperasi sejak dua tahun lalu di bangunan kayu lama berusia hampir 100 tahun.

Bertandang ke kedai makan itu membuatkan pelanggan bagaikan dekat dengan zaman silam berikutan dekorasi premis yang berasaskan barangan antik. Pelanggan pasti tertarik dengan koleksi barangan yang dijadikan hiasan dan aksesori seperti majalah lama, raga, pelita yang mengimbau nostalgia kehidupan era 1960-an.

Deretan tin kopi dan botol air lama disusun kemas di ruang utama manakala televisyen lama dan kuda rotan menjadi tarikan di kaunter jurutunai. Makanan ringan dan permainan yang popular pada 1980-an turut dijual. Persekitar­an unik ini mendorong pelanggan merakam kenangan atau berswafoto ketika menjamu selera.

Menurut pemiliknya, Mohd Hanif Ahmad Bihauddin, 38, suasana kedai makan zaman silam itu datang daripada bangunan kayu itu sendiri yang juga bekas kedai runcit milik peniaga Cina.

“Selepas kematian pemilik kedai runcit ini, warisnya menyewakan premis berkenaan dan kebetulan saya mencari lokasi untuk memulakan perniagaan selepas berhenti kerja sebagai pereka grafik.

“Saya mahu mencuba bidang lain dan memilih mengusahak­an kedai makan kerana juga mempunyai kemahiran memasak.

Malah, juadah kampung yang disediakan adalah daripada resipi ibu,” katanya yang mengusahak­an kedai makan bersama isteri, Nailasari Ismail, 36.

Mohd Hanif berkata, kebanyakan barang antik yang dipamer adalah koleksi peribadi, namun ada barangan lama yang diberi pelanggan. Ada antara barangan lama berkenaan dibuka untuk jualan kepada pihak yang berminat.

Beliau juga menyediaka­n sarapan klasik seperti ubi kayu rebus, lempeng bilis, lempeng kelapa, lempeng pisang, pisang rebus, roti bakar, roti kukus dan telur goyang bersama minuman kopi kampung.

Kukus sesuai dijadikan lokasi santai untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan. Ruang makan yang selesa dan mampu memuatkan hampir 100 orang dalam satu-satu masa juga sesuai untuk menganjurk­an jamuan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? 2. MOHD HANIF (duduk dua kiri) bersama juadah dan kakitangan.
3. GULAI patin tempoyak dan asam pedas menggamit selera penggemar masakan kampung.
4. SET nasi kukus bersama ayam goreng atau ikan goreng untuk pelanggan bajet.
5. SET kari kaki ayam bersama roti bun.
2. MOHD HANIF (duduk dua kiri) bersama juadah dan kakitangan. 3. GULAI patin tempoyak dan asam pedas menggamit selera penggemar masakan kampung. 4. SET nasi kukus bersama ayam goreng atau ikan goreng untuk pelanggan bajet. 5. SET kari kaki ayam bersama roti bun.
 ??  ??
 ??  ?? 6. SUASANA makan klasik di bekas kedai runcit lama.
6. SUASANA makan klasik di bekas kedai runcit lama.
 ??  ?? 1. SOSEJ Kemboja dapat permintaan tinggi.
1. SOSEJ Kemboja dapat permintaan tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia