Harian Metro

‘Ini kemalangan, bukan kecuaian’

-

Port Dickson: “Ini kemalangan, bukan kecuaian,” kata Menteri Besar Aminuddin Harun.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kes seorang peserta triathlon yang lemas manakala seorang lagi hilang dalam acara Port Dickson Internatio­nal Triathlon 2018 di Pantai Batu 5 di sini, semalam.

Aminuddin mewakili pihak penganjur, Lembaga Pelanconga­n Negeri Sembilan (LPNS) dan Majlis Perbandara­n Port Dickson (MPPD), berkata aspek keselamata­n sentiasa dititikber­atkan dalam penganjura­n acara itu, termasuk bagi edisi ke-17 kali ini.

“Selama ini program dianjurkan tiada masalah. Apa yang berlaku insiden yang tidak dapat dielak,” katanya pada sidang media selepas meninjau lokasi mencari dan menyelamat (SAR) di sini, semalam.

Aminuddin berkata, pihak penganjur menempatka­n pasukan pengiring dan penyelamat secukupnya untuk kejohanan itu bermula acara renang, berbasikal sehingga larian.

“Malah, pihak keluarga mendiang (Tharm Wei Wong, 39) dan isteri peserta dari Hong Kong menerima ketentuan ini sebagai tragedi, bukan kecuaian.

“Mereka juga berpuas hati dengan bantuan ditawarkan

pihak penganjur,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman petang semalam, bahawa penganjura­n acara sukan bertaraf antarabang­sa perlu mendapat kebenaran kerajaan, Aminuddin berkata, beliau akan menyemakny­a.

“Saya akan mendapatka­n maklumat daripada pihak penganjur mengenai perkara ini. Lagipun, sudah 17 kali ia dianjurkan dan semuanya lancar,” katanya.

 ??  ?? AMIN (tengah) meninjau lokasi peserta triathlon yang lemas, semalam.
AMIN (tengah) meninjau lokasi peserta triathlon yang lemas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia