Harian Metro

Objek ‘terbang’ lagi

 Penduduk jumpa dua pisau di kaki lima bangunan flat

- Norizuan Shamsuddin norizuan@nstp.com.my

“Kes baling pisau masih berterusan berlaku walaupun pelbagai langkah dilakukan penduduk termasuk membuat laporan kepada pihak berkuasa dan memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan bangunan.

“Terbaru kami menemui dua lagi pisau yang dilemparka­n dari tingkat atas bangunan. Kami percaya kegiatan itu dilakukan individu sama berdasarka­n tulisan yang tertera pada senjata berkenaan,” kata Pengerusi Persatuan Kebajikan Penduduk Blok B, Flat Taman Medan Cahaya, Mohamad Fuad Jam Jam, 66, ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, pihaknya berharap pihak berkuasa memandang serius perkara ini dengan mengambil tindakan segera bagi mengesan dan menangkap suspek.

“Jangan nanti ada penduduk maut tertusuk pisau baru pihak berkuasa hendak ambil tindakan drastik,” katanya.

Mohamad Fuad berkata, kes baling objek dipercayai dari tingkat atas bangunan flat berkenaan masih berlaku dan ia berlarutan sejak lebih dua minggu lalu.

Katanya, dalam kejadian terbaru itu, pihaknya menemui dua pisau di kawasan kaki lima bangunan blok berkenaan yang dicampakka­n individu tidak bertanggun­gjawab.

“Satu daripada pisau terbabit ditemui jam 11 pagi semalam (kelmarin) dan satu lagi ditemui jam 10 pagi tadi (semalam). Pada pisau itu juga tertera dua nama individu dan alamat rumah sama seperti sebelum ini.

“Pisau berkenaan dipercayai dicampakka­n dari tingkat atas bangunan Blok C yang bersebelah­an Blok B. Bagaimanap­un, kami tidak pasti dari tingkat berapa kerana masih menunggu proses untuk menyemak sistem CCTV.

“Kami juga memaklumka­n kes terbaru ini kepada polis untuk tindakan lanjut mereka,” katanya.

Selasa lalu, Harian Metro melaporkan, lebih 10 kenderaan milik penduduk yang diparkir di kaki lima bangunan berkenaan mengalami kerosakan apabila dibaling pelbagai objek dari tingkat atas bangunan termasuk bungkusan cat, botol kaca dan pisau.

Kejadian itu membimbang­kan penghuni kawasan berkenaan apabila kes berlarutan hampir setiap hari sejak 1 Julai lalu menyebabka­n ada antara mereka menanggung kerugian akibat kerosakan pada kenderaan, selain perbuatan terbabit boleh mengancam nyawa penduduk.

 ??  ?? DUA Pisau yang dicampak suspek dari tingkat atas bangunan ditemui di kaki lima blok b Flat Taman Medan Cahaya.
DUA Pisau yang dicampak suspek dari tingkat atas bangunan ditemui di kaki lima blok b Flat Taman Medan Cahaya.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 10 Julai lalu.
LAPORAN Harian Metro, 10 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia