Harian Metro

Parah ditikam akibat dendam lama

-

Angkara dendam lama, seorang lelaki berusia 61 tahun parah ditikammen­ggunakan pisau lipat dalam pergaduhan di Pasar Awam Taman Selamat di sini, semalam.

Dalam kejadian jam

7.45 pagi, kenalan lama mangsa berusia 59 tahun menyerangn­ya dipercayai berpunca masalah peribadi hingga berlaku pergelutan yang menyebabka­n dia ditikam di paha kiri dan beberapa bahagian badan lain.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, ketika bergelut, suspek juga cedera di kepala akibat terhantuk benda tumpul menyebabka­n dia menerima tiga jahitan.

Beliau berkata, suspek melarikan diri sebelum satu laporan polis dibuat berhubung kejadian.

“Tidak berapa lama selepas itu, suspek ditahan polis. Siasatan awal mendapati suspek mengaku menggunaka­n sebilah pisau lipat miliknya untuk menyerang mangsa.

“Selepas kejadian, suspek melarikan diri dan membuang pisau yang digunakan ke dalam longkang dan perbuatann­ya itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) bangunan berhampira­n lokasi kejadian.

“Suspek menunjukka­n tempat senjata dibuang dan kita berjaya menemui pisau lipat sepanjang tiga inci berhulu putih yang digunakan dalam kejadian itu,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, mangsa yang cedera di paha kiri, pipi kiri dan leher dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut kerana memerlukan pembedahan serta dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangk­an kecederaan parah terhadap mangsa.

Suspek menunjukka­n tempat senjata dibuang dan kita berjaya menemui pisau lipat sepanjang tiga inci berhulu putih yang digunakan dalam kejadian itu” Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia