Harian Metro

Sedia galas status suami Isa selar Ellie bukan kerana dendam

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

 Shahir rancang terus nikah dengan Erra

Penyanyi Shahir, 30, mengakui sudah bersedia menjadi ‘bapa segera’ apabila berkahwin dengan pelakon jelita, Erra Fazira, 44, kelak.

Perkara itu sekali gus mengesahka­n hubungan cinta Shahir dan Erra yang hangat diperkatak­an sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanap­un, Shahir yang juga juara program Akademi Fantasia musim kelapan

(AF8) berkata, belum ada sebarang tarikh perkahwina­n ditetapkan selain mengharapk­an doa terbaik daripada semua orang.

“Kalau bercakap mengenai persiapan hantaran dan sebagainya, memang belum ada. Cuma, buat masa sekarang persediaan diri sendiri saja. Maksudnya, saya sudah bersedia menggalas tanggungja­wab baru sebagai suami dan ‘bapa segera’ kepada anak Erra iaitu Engku Aleesya.

“Alhamdulil­lah, hubungan saya dengan Aleesya pun okay. Malah, keluarga saya juga sentiasa mendoakan yang baik-baik supaya segala dirancang berjalan lancar dan tidak ada halangan,” katanya kepada Harian Metro.

Shahir berkata, dia memang merancang untuk terus bernikah.

Dalam masa sama, Shahir memberi bayangan bakal bernikah tahun ini juga.

“Sekarang ini memang sudah ada perancanga­n ke arah itu (kahwin). Cuma belum ada tarikh ditetapkan. Sampai masa nanti saya umumkan juga.

“Insya-Allah, tahun ini. Terpulang kepada rezeki. Kalau boleh, nak terus nikah saja dan tidak mahu bertunang,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Shahir menghantar rombongan meminang Erra pada 1 Syawal lalu, penyanyi lagu Kebahagian Dalam Perpisahan ini menafikan Kuala Lumpur: Tujuan pelakon dan penyanyi Isa Khan memuat naik video menyelar tindakan pelakon Ellie Suriaty melaungkan Hidup Melayu di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini bukanlah kerana dia menyimpan dendam terhadap pelakon itu.

Beberapa bulan lalu, suami Ellie yang juga pelakon, Azri Iskandar menghalang Isa untuk berkawan dengan isterinya itu.

Menurut Isa, itu bukan punca utama dia menyelar tindakan Ellie itu, sebaliknya dia kurang senang terhadap slogan yang dilaungkan Ellie memandangk­an Malaysia sebuah negara yang berbilang bangsa.

Isa berkata, tujuan dia memuat naik video itu bagi mewakili semua bangsa di negara ini.

“Saya agak terkilan melihat klip video dia menjerit-jerit melaungkan slogan Hidup Melayu. Dia seharusnya menjadi contoh terbaik kepada rakyat Malaysia. Jika slogan yang digunakan adalah Hidup Malaysia, saya tiada masalah kerana kita hidup di sini sebagai rakyat

perkara itu.

“Mana ada, ia hanya kunjungan biasa dan berziarah sempena Aidilfitri. Lagipun, Erra pun sudah menjawab perkara ini,” katanya. Malaysia,” katanya.

Isa berkata, dia tidak tahu sebab utama mereka dihalang untuk berkawan walaupun menganggap Ellie sebagai idola dalam dunia lakonan dan guru yang memberi tunjuk ajar ketika menyertai program Akademi Fantasia 2016 (AF2016).

“Saya tidak tahu punca kami tidak dibenarkan berkawan. Kami tidak pernah menjalin hubungan istimewa pun.

“Saya cuma anggap dia sebagai mentor dan idola dalam bidang lakonan. Dia banyak mengajar saya ketika berada dalam program AF,” katanya.

Terdahulu, netizen mempersoal­kan tujuan sebenar Isa memuat naik video meluahkan rasa kurang senang terhadap Ellie yang dikatakan sebagai mencetuska­n isu perkauman.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia