Harian Metro

Kasih sudah pudar

- Zatul Iffah Zolkiply cnews@nstp.com.my

 Lelaki pukul isteri, tinggalkan di bawah jambatan

Seorang lelaki bukan hanya memukul isterinya tetapi turut meninggalk­an wanita itu di bawah jambatan Kuala Ibai, di sini, gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa mahu bekerja walaupun dilarang.

Kejadian dipercayai berlaku jam 9.30 pagi kelmarin ketika mangsa berusia 38 tahun yang berada di rumah mereka di flat di Kuala Ibai, di sini mahu keluar bekerja.

Menurut sumber, suspek berusia 40-an dikatakan menghalang mangsa keluar bekerja kerana mahu menggunaka­n kereta wanita terbabit sebelum berlaku pertengkar­an mulut antara mereka.

Katanya, suspek bertindak agresif apabila merampas kunci kereta di tangan mangsa sebelum masuk ke dalam kereta digunakan isterinya untuk berulang-alik ke tempat kerja.

“Mangsa yang tidak mahu mengalah turut masuk ke dalam kereta sama dengan niat mahu menghalang suspek menggunaka­n keretanya, namun tindakan itu mengundang kemarahan suspek menyebabka­n dia ditampar beberapa kali.

“Tidak cukup dengan itu, mangsa turut ditinggalk­an di bawah jambatan Kuala Ibai, di sini, manakala suspek beredar dengan memandu kereta milik mangsa.

“Mangsa kemudian menghubung­i adik iparnya bagi meminta bantuan sebelum dihantar pulang ke rumah,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang tiba di rumah terkejut apabila melihat kelibat suspek sebelum menghubung­i polis meminta datang ke rumah mereka kerana bimbang keselamata­n dirinya.

Katanya, sebaik polis beredar, suspek sekali lagi naik hantu apabila bertindak menampar mangsa selepas berlaku pertengkar­an antara pasangan berkenaan.

“Mangsa mendakwa suspek sebelum ini sering memukulnya apabila berlaku perselisih­an faham walaupun hanya disebabkan perkara kecil.

“Selain itu, mangsa mendakwa pernah beberapa kali membuat laporan polis kerana tindakan suaminya termasuk pernah patah ibu jari kaki dan lebam di seluruh badan selepas dipukul dalam kejadian terbaru, awal bulan ini.

“Tidak tahan dengan sikap suspek selain bimbang keselamata­n diri, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superinten­dan Suffian Sulaiman ketika menghubung­i mengesahka­n ada menerima laporan berhubung kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

 ??  ?? SUFFIAN Sulaiman
SUFFIAN Sulaiman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia