Harian Metro

Penduduk jumpa mayat bayi lelaki di dalam plastik

-

“Biji mata kiri mayat bayi itu terkeluar sejurus saya buka plastik yang membungkus mayat berkenaan,” kata Awang Yusmin Mohd Yusof, 34, individu yang menemui mayat bayi lelaki berdekatan garaj dan tempat pembuangan sampah di Kampung Karamuntin­g, Jalan Batu Sapi, Jumaat lalu.

Katanya, dia bukan saja terkejut, malah sukar untuk mengungkap­kannya dengan kata-kata.

“Pada awalnya, saya dapati bungkusan plastik itu umpama dipenuhi ‘bulu-bulu’ hitam.

“Saya sangka bangkai haiwan kerana ia kelihatan berbulu dan sangat berbau. Namun sebaliknya yang berlaku apabila saya membuka ikatan plastik berkenaan,” katanya ditemui NSTP, semalam.

Tambahnya, dia mendapati mayat bayi berkenaan cukup sifat, malah masih bertali pusat.

“Mujur mayat bayi itu tidak dimakan haiwan liar ataupun anjing,” katanya.

Menurut Awang Yusmin, dia kemudian menghubung­i polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, pemeriksaa­n mendapati mayat bayi berkenaan seberat 1.1 kilogram dan mati beberapa hari lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan (menyembuny­ikan kelahiran dan menyebabka­n kematian),” katanya.

Terdahulu, kelmarin, NSTP melaporkan, mayat bayi berulat ditemui orang awam di lokasi terbabit.

 ??  ?? LOKASI mayat bayi yang ditemui orang awam di Kampung Karamuntin­g, Jalan Batu Sapi, Sandakan.
LOKASI mayat bayi yang ditemui orang awam di Kampung Karamuntin­g, Jalan Batu Sapi, Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia