Harian Metro

317 lelaki Kelantan didenda berpoligam­i di Selatan Thailand

-

Kota Bharu: Peraih getah berusia 41 tahun yang berkahwin dengan budak 11 tahun warga Thailand antara 317 lelaki Kelantan didenda Mahkamah Syariah negeri ini kerana berpoligam­i di Selatan Thailand tanpa kebenaran.

Ketua Pendakwa Syarie Negeri Kelantan, Zaini Sulaiman berkata, kesemua 317 lelaki itu didenda apabila mereka mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 Negeri Kelantan yang boleh membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara dua bulan.

Beliau berkata, mereka didenda Mahkamah Syariah di jajahan masing-masing secara berasingan sejak awal tahun ini.

“Peraih getah itu didenda Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang sebanyak RM900, baru-baru ini, manakala lelaki lain didenda dengan pelbagai jumlah sehingga RM1,000.

“Peraih getah itu juga didenda sebanyak RM900 lagi atas kesalahan berkahwin tanpa kebenaran di bawah Seksyen 19 Enakmen yang sama,” katanya, semalam.

Zaini berkata, lebih 700 lelaki Kelantan didenda kerana berpoligam­i tanpa kebenaran sepanjang tahun lalu.

“Siasatan kami mendapati kebanyakan lelaki Kelantan memilih untuk berkahwin satu lagi di Selatan Thailand kerana mereka tidak mahu memaklumka­n kepada isteri pertama mereka (perkahwina­n baru) dan sanggup didenda di sini.

“Rekod kami juga menunjukka­n lelaki dari Pasir Putih, Gua Musang dan Tumpat adalah tertinggi dalam senarai mereka yang didenda Mahkamah Syariah,” katanya.

Mengenai kes peraih getah itu, Zaini berkata, kes lelaki itu bukanlah sesuatu yang luar biasa dan tidak sepatutnya ditonjolka­n oleh media.

“Kes ini bukanlah menarik sangat. Bagi saya, jika lelaki itu berkahwin lari dengan gadis itu tanpa pengetahua­n keluarga atau gadis itu membelakan­gi keluargany­a, itu adalah kes yang bagus dan perlu ditonjolka­n media,” katanya.

Beliau juga memuji peraih getah itu yang memberi sepenuh kerjasama kepada pegawai syariah sepanjang kesnya berjalan. Kes peraih getah itu menjadi tumpuan selepas dia berkahwin dengan budak 11 tahun warga Thailand di sebuah masjid di Pekan Sungai Golok pada 18 Jun lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia