Harian Metro

Berlapang dada terima tohmahan

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi cnews@nstp.com.my

Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih popular dengan panggilan Ustaz Kazim hanya berlapang dada dengan tohmahan terhadap dirinya yang tular di media sosial susulan tindakanny­a ingin menjual Unit Tahfiz Darul Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah miliknya.

Terbaru, ada individu mendakwa tindakan penceramah itu hanya ingin meminta simpati untuk mendapatka­n sumber kewangan selain mengetahui status sebenar akaun simpanan peribadi Ustaz Kazim.

Individu terbabit mendakwa mengetahui status kewangan milik Ustaz Kazim yang diperiksa melalui peguamnya dan akan mengambil tindakan saman bagi menuntut ganti rugi membabitka­n anaknya yang didakwa mengalami trauma akibat dicabul ketika belajar di pusat berkenaan.

Ustaz Kazim berkata, beliau percaya perkara itu ada kaitan dengan kes pencabulan yang dihadapi pusat tahfiznya dua tahun lalu dan menyerahka­n siasatan kes berkenaan kepada polis.

“Dalam keadaan ini (tohmahan), saya boleh membuat laporan polis dan jika ingin saman pun boleh kerana individu itu mengeluark­an kenyataan menceroboh akaun bank peribadi saya.

“Kes ini (cabul) dah serah kepada polis sama ada kes itu berlaku atau tidak kita serahkan kepada polis dan saya juga masih menunggu laporan penuh berhubung kes berkenaan.

“Biar polis yang keluarkan kenyataan sama ada pencabulan itu berlaku atau sebaliknya dan kita janganlah keluarkan sebarang kenyataan,” katanya ditemui media selepas menyampaik­an ceramah perdana sempena Karnival Keusahawan­an di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau (SKKK) di sini, semalam.

Menurut beliau, dakwaan cabul itu sudah dua tahun berlaku dan jika ada kes berlaku sudah pasti dia akan didakwa.

“Saya serahkan kepada polis sepenuhnya dan tidak perlulah kita buat cerita yang bukan-bukan, jadi saya sentiasa berlapang dada dan sedia memaafkan individu yang membuat tohmahan berkenaan.

“Di Malaysia kita ada undang-undang, jika dia rasa ada hak untuk saman, samanlah dan saya sentiasa ada di sekolah dan mudah dihubungi pada bila-bila masa atau berjumpa saya secara berhadapan.

“Berhati-hatilah dalam percakapan, kita ada akhirat dan di sana nanti kita akan disoal,” katanya.

 Ada pihak tuduh Ustaz Kazim hanya ingin raih simpati

Pada Ogos 2016, Ustaz Kazim membuat laporan polis berhubung penularan dakwaan kes pencabulan seksual dan seks luar tabii di pusat tahfiz miliknya yang dibuat oleh ibu kepada seorang pelajar pusat tahfiz berkenaan.

 ??  ?? USTAZ Kazim menyampaik­an ceramah pada Karnival Keusahawan­n di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau malam tadi.
USTAZ Kazim menyampaik­an ceramah pada Karnival Keusahawan­n di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia