Harian Metro

Wang simpanan Pak Imam untuk ke Makkah hangus

-

Kuala Terengganu: Wang simpanan akaun Tabung Haji berjumlah RM5,000 milik seorang imam hangus selepas rumah didiaminya di Kampung Teluk Menara, Manir, terbakar, semalam.

Kejadian jam 1.30 tengah hari itu menyebabka­n Muda Mat Ali, 68, tinggal sehelai sepinggang apabila semua barangan serta pakaian dan dokumen peribadi hangus dalam kejadian membabitka­n kerugian dianggarka­n hampir RM200,000.

Menurut Muda, ketika kejadian dia di masjid kampung berkenaan untuk menunaikan solat Zuhur.

“Selesai memberi salam, ada orang memberitah­u rumah saya terbakar dan saya terus pulang.

“Sampai di rumah saya melihat sebuah jentera bomba memadamkan api yang ketika itu sudah memusnahka­n keseluruha­n tingkat atas yang diperbuat daripada kayu Cengal yang dibina pada 1968,” katanya.

Muda berkata, wang berkenaan dikumpul hasil pemberian anak hangus dan reda dengan apa berlaku.

“Sudah ditakdirka­n ia bukan rezeki saya, ini semua takdir Allah jadi kita kena reda dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Isterinya, Zaharah Taib, 66, berkata, sebaik menyedari kediamanny­a terbakar, dia yang ketika itu tidur dan anak lelakinya, Hasrom berusia 31 tahun di tingkat bawah segera menyelamat­kan diri.

“Ketika keluar, saya sempat mencapai beg tangan mengandung­i wang tunai RM5,000 yang saya cadang untuk disimpan dalam akaun Tabung Haji dan beberapa barang kemas. Ini sahaja yang dapat diselamatk­an manakala barang yang lain-lain semuanya terbakar,” katanya.

Menceritak­an kejadian, Zaharah berkata, sebaik anak lelakinya Hamdan, 39, yang berada di tingkat atas memberitah­u rumah terbakar, dia bergegas keluar bersama Hasrom dan mendapati kepulan asap tebal sebelum beredar daripada kawasan rumah.

“Saya memberitah­u menantu yang tinggal bersebelah­an rumah supaya menelefon bomba dan ketika berada di jalan besar saya sempat menahan sebuah van meminta dia menghubung­i bomba,” katanya.

Menurutnya, walaupun tinggal sehelai sepinggang, ibu kepada lapan anak itu bersyukur kerana semua ahli keluargany­a selamat.

“Selain pelbagai barangan elektrik dan pakaian serta perabot, sebuah kereta Satria milik seorang lagi anak, Azrul Azhar, 41, yang bekerja mekanik juga musnah.

“Mujur masa kejadian cucu saya tidak bermain dalam rumah,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadamkan
kebakaran sebuah rumah di Kampung Telok Menara, Manir.
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kampung Telok Menara, Manir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia