Harian Metro

Tambah baik tahfiz agar berdaya saing

-

Melaka: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menggesa pusat tahfiz yang beroperasi di negeri ini segera mendaftark­an organisasi mereka bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan pada masa akan datang.

Pengarah JAIM, Azhan Md Samat berkata, hingga kini hanya 22 pusat tahfiz berdaftar manakala 88 lagi sudah menghantar permohonan dan 11 lagi belum mendaftar sejak program itu dilaksanak­an tahun lalu.

Katanya, langkah itu perlu diambil pihak pengurusan tahfiz dengan segera kerana membabitka­n faktor keselamata­n, kebersihan, kesihatan pelajar dan pelan bangunan.

“Program fasa satu ini yang dijangka selesai tahun hadapan bakal memudahkan kami merangka fasa kedua iaitu penyusunan dan pelarasan kurikulum di pusat tahfiz, sebagai tambah nilai kepada pelajar.

“JAIM juga merangka kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di Kementeria­n Pendidikan,” katanya selepas majlis pengiktira­fan pemenang tilawah al-Quran peringkat antarabang­sa dan kebangsaan di Bukit Katil di sini, Khamis lalu.

Katanya, masalah kritikal dihadapi pusat tahfiz selama ini termasuk status tapak bangunan dapat diselesaik­an segera sebaik fasa pertama lengkap.

Beliau berkata, ini kerana kebanyakan pusat tahfiz sedia ada menghadapi masalah menyediaka­n pelan bangunan yang menitikber­atkan faktor keselamata­n penghuni.

Menurutnya, ibu bapa turut memainkan peranan penting dengan memeriksa latar belakang pusat tahfiz sebelum mendaftark­an anak mereka.

 ??  ?? AZHAN
AZHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia