Harian Metro

Menang kali kedua

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

 Pereka grafik, wartawan HM kongsi cerita sebalik kejayaan

Bukan mudah untuk pereka grafik kanan Harian Metro Nor Salim Mohamed Dawam dan wartawan Mohd Azam Shah Yaacob menghasilk­an infografik mengenai Masjid Kampung Hulu, Melaka yang berusia 290 tahun hingga mereka dinobatkan sebagai pemenang utama bagi kategori Infografik Terbaik pada Malam Wartawan MPI-Petronas Malaysia 2017, Jumaat lalu.

Menceritak­an kembali proses menghasilk­an satu bentuk visual yang dipaparkan dengan teliti menggunaka­n prinsip reka bentuk 3D, Mohd Azam berkata, proses meneliti dan mengumpul maklumat awal saja memakan masa beberapa minggu.

Katanya, masjid berkenaan yang berfungsi sebagai pusat penyebaran dan pendidikan Islam ketika era penjajahan Belanda itu menjadi pilihan mereka hasil perbincang­an dengan bekas Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar yang berniat mengetenga­hkan ciri-ciri serta seni bina masjid yang kekal kukuh sehingga kini biarpun mencecah usia hampir tiga abad.

Menurutnya, proses menghasilk­an grafik itu bermula dengan menemurama­h tok siak atau digelar noja masjid berkenaan mengenai asal usul, struktur, material seni bina selain maksud setiap ukiran yang terdapat di masjid yang sudah diisytihar­kan sebagai Warisan Kebangsaan itu.

Mohd Azam berkata, selepas selesai tugas di Melaka, mereka membuat rujukan semula mengenai maksud setiap ukiran di masjid itu menggunaka­n dua buku masing-masing bertajuk Masjid Kampung Hulu, Warisan Masjid Tua Melaka dan Ruang Dalaman Masjid Melayu Tradisiona­l Semenanjun­g Malaysia.

“Kami mengalami kesukaran untuk menemui rujukan ilmiah yang sesuai kerana kurangnya kajian mengenai seni bina masjid di negara ini terutama mengenai masjid yang mempunyai elemen campuran beberapa budaya termasuk Belanda.

“Contohnya menara azan masjid ini diperbuat daripada batu yang diplaster manakala struktur dipengaruh­i reka bentuk pagoda China dan perabung bumbungnya mempunyai ukiran sulur bayur mahkota dan awan larat yang dipercayai meniru seni bina China yang asalnya bermotifka­n naga dan hanya boleh digunakan pada bangunan tertentu di China,” katanya.

Menurutnya, meskipun ini kali kedua dia bersama Nor Salim memenangi hadiah utama dalam kategori sama namun proses menghasilk­an infografik Masjid Kampung Hulu lebih rumit serta teliti dan mereka berjaya menghabisk­an tugasan terbabit dalam tempoh 30 hari.

Sementara itu, Salim berkata, dia membuat lakaran setiap seni bina masjid berkenaan termasuk empat tiang seri di ruang solat yang menggunaka­n kayu berlian, jubin bermotifka­n flora, ornamen atau perhiasan di atas menara bumbung bertumpang tiga masjid, rabung bumbung serta ukiran.

“Masjid ini yang dihasilkan dengan empat elemen budaya iaitu Belanda, Jawa, Cina dan Melayu tempatan dipercayai dibina dengan kos hampir setengah juta ringgit (pada ketika itu) berikutan menggunaka­n kepakaran serta material seni bina terbaik,” katanya.

 ??  ?? MOHD Azam (kiri) dan Salim (dua dari kanan) menerima hadiah pada Majlis Malam Wartawan MPI-Petronas Malaysia 2017.
MOHD Azam (kiri) dan Salim (dua dari kanan) menerima hadiah pada Majlis Malam Wartawan MPI-Petronas Malaysia 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia