Harian Metro

Luluh hati tinggal anak berusia dua tahun

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@nstp.com.my

Sepang

Bukan mudah bagi pasangan suami isteri ini mahu meninggalk­an anak terutama yang bongsu berusia dua tahun untuk menunaikan ibadat haji kira-kira sebulan di Tanah Suci.

Ahmad Nizam Mohamad, 41, yang juga kakitangan swasta serta isteri, Marlina Md Saari, 45, mengakui berat hati meninggalk­an semua anak namun kerana rezeki menjadi tetamu Allah kali ini, mereka bertawakal dan berdoa semoga keluargany­a sentiasa dilindungi.

Menceritak­an detik berpisah sementara waktu dengan anak mereka, Marlina yang juga suri rumah berkata, dia melatih anak bongsunya tinggal di rumah kakaknya bagi memastikan kanak-kanak perempuan itu biasa dengan ketidakhad­iran mereka.

“Kami melatih Siti Khadijah dengan menghantar ke rumah kakak, misalnya saya hantar pada waktu pagi dan mengambiln­ya semula pada waktu petang.

“Apabila nampak dia sudah boleh ditinggalk­an di rumah kakak, kami mencubanya pula dengan mengambiln­ya pada waktu malam dan seterusnya kami tinggalkan beberapa hari di sana,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji (TH) Sepang di sini.

Marlina berkata, sebagai suri rumah, anak bongsunya sudah tentu sentiasa bersamanya dan tidak biasa ditinggalk­an dengan orang lain menyebabka­n dia dan suami melakukan pemerhatia­n dengan kaedah berkenaan.

Dalam pada itu, Ahmad Nizam berkata, saat paling sebak ialah sehari sebelum penerbanga­n haji kerana ketika itu, anak bongsu mula menunjukka­n emosi seolah-olah tidak mahu berjauhan.

“Anak saya ‘buat perangai’ seperti tidak mahu melepaskan daripada dukungan selain menangis seperti tidak mahu berpisah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia