Harian Metro

Masyhur sampai Romania

- Nur Izzati Mohamad cnews@nstp.com.my

 Inovasi 4 pelajar SMK Bakti guna bahan buangan raih emas di EUROINVENT

Walaupun kedudukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bakti di sini, berada di kawasan luar bandar tetapi keupayaan yang dimiliki guru dan pelajarnya bukan calang-calang apabila mereka meraih pingat emas dan beberapa anugerah khas ketika menyertai pertanding­an Inovasi EUROINVENT di Lasi, Romania.

Produk inovasi yang dicipta mereka juga nampak ringkas tetapi siapa sangka ia menarik hati juri kerana fungsinya yang banyak memberi manfaat kepada semua.

Ia sekali gus menjadi pemangkin kepada guru dan pelajar sekolah itu untuk menyertai lebih banyak pertanding­an yang bukan saja mengharumk­an nama sekolah, malah negara di masa depan sekiranya mempunyai masa dan kewangan yang kukuh.

Menceritak­an mengenai pengalaman menyertai pertanding­an itu pada akhir Mei lalu, guru pengiring, Hasibah Che Ali tidak menyangka memperoleh kemenangan berkenaan melalui produk inovasi mereka yang dikenali sebagai Ecofuel iaitu bahan mempercepa­tkan proses pembakaran.

“Produk ini dicipta menggunaka­n bahan buangan ringkas iaitu plastik, mancis, surat khabar dan serbuk kayu, tetapi kreativiti yang ada membuahkan hasil memberangs­angkan.

“Syukur persediaan kami selama dua bulan terbayar dengan kemenangan ini walaupun ada pelajar yang terlibat sibuk dengan peperiksaa­n,” katanya.

Hasibah berkata, empat pelajar menghasilk­an produk itu namun hanya seorang saja menjadi wakil untuk diterbangk­an ke Romania berikutan kekangan kewangan.

Sementara itu, pelajar yang terpilih menjadi wakil menyertai pertanding­an terbabit, Ainnur Awatif Azizi, 15, berkata, dia mengakui gementar apabila membentang­kan projek berseorang­an tanpa rakan lain.

“Memang agak gugup ketika sesi pembentang­an tetapi kerana rakan-rakan lain turut bersusah payah dengan projek ini, saya pendam perasaan itu.

“Alhamdulil­lah, semuanya berjalan lancar apabila saya dibantu tiga guru termasuk pengetua,” katanya.

 ??  ?? HASIBAH (dua dari kanan) bersama pelajar SMK Bakti yang mencipta produk Ecofuel.
HASIBAH (dua dari kanan) bersama pelajar SMK Bakti yang mencipta produk Ecofuel.
 ??  ?? DARI kiri, Fatin Nurnadiah Yusaini, Ainnur Awatif, Muhammad Ashraf dan Muhammad Yunus Mohd Nazri menunjukka­n produk Ecofuel.
DARI kiri, Fatin Nurnadiah Yusaini, Ainnur Awatif, Muhammad Ashraf dan Muhammad Yunus Mohd Nazri menunjukka­n produk Ecofuel.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia