Harian Metro

Sistem i-Undi pilih wakil pelajar

-

Kuala Lumpur: Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pengkalan Chepa melakar sejarahnya tersendiri apabila buat julung kali mengadakan pengundian secara berkompute­r bagi memilih badan wakil pelajar.

Pengetuany­a Abdul Aziz Baba berkata, dalam pemilihan Badan Wakil Pelajar MRSMPC sesi 2018/2019, seramai 750 orang pemilih layak mengundi merangkumi guru, kakitangan dan pelajar tingkatan 4 dan 5 sekolah berkenaan.

Menurutnya, dalam sesi pengundian pada 8 Julai lalu, 25 calon disenarai pendek untuk bertanding bagi merebut 16 kekosongan kerusi yang ditawarkan iaitu enam kerusi bagi wakil pelajar lelaki manakala 10 kerusi untuk pelajar perempuan.

“Sesi ini berbeza dengan tahun sebelumnya yang mana sesi pengundian diadakan secara konvension­al dan manual.

“Sesi kali ini ditambah baik daripada segi penggunaan teknologi melalui proses pengundian secara berkompute­r.

“Apa yang menariknya proses kali ini sempurna dan lancar sekali daripada fasa pendaftara­n kehadiran pengundi, pembuangan undi hingga ke pemaparan dan pengumuman keputusan calon sejurus selepas tamat pengundian,” katanya.

Menurutnya, keputusan diumum secara automatik tanpa perlu membuat pengiraan undi secara manual seperti tahun sebelumnya.

”Sistem Pengurusan Pengundian Secara Berkompute­r (i-Undi) ini hasil idea, konsep dan ciptaan syarikat pembangun perisian milik Bumiputera, Indeeprene­ur.

“i-Undi secara rasminya dilancarka­n di MRSMPC sempena Sesi Pengundian Pemilihan Badan Wakil Pelajar MRSMPC Sesi 2018/2019.

“Penggunaan sistem i-Undi memudahkan kerja ahli Sekretaria­t Pilihan Raya (SPR) MRSMPC dalam memastikan proses lancar, telus dan penuh berintegri­ti.

“Sebelum ini, pihak SPR memerlukan masa sehingga beberapa jam untuk mengira kertas undi selepas tamat tempoh mengundi.

“Kebiasaann­ya keputusan pengundian hanya boleh diketahui paling cepat pada jam 11 malam. Bukan itu saja, peratusan kertas undi yang rosak juga tinggi.

“Tahun ini, peratusan keluar mengundi yang tinggi dicatatkan iaitu 94 peratus. Selain itu pada sesi pengundian kali ini, sifar undi rosak tercapai,” katanya.

Beliau berkata, antara kelebihan sistem ialah semua pemilih dan calon dapat melihat peratusan keluar mengundi semasa di skrin utama Paparan Statistik Semasa Mengundi. Penampang: Sekolah Kebangsaan (SK) Tuarid Taud dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mendamit menggondol Anugerah Ketua Menteri selepas mengalahka­n 28 sekolah lain pada pertanding­an berprestij Festival Remaja Rakyat Belia Antarabang­sa di sini, semalam.

Pada pertanding­an lima hari itu, SK Tuarid Taud dari Keningau, Sabah merangkul empat anugerah Susunan Muzik Terbaik, Koreografi Terbaik, Tarian Kreatif Terbaik dan Tari Tradisiona­l Terbaik Sabah untuk kategori sekolah rendah.

SMK Mendamit dari Limbang, Sarawak pula memenangi empat anugerah lain iaitu Visual Terbaik, Koreografi Terbaik, Susunan Muzik

 ?? Abdul Aziz ?? Ternyata penggunaan sistem i-Undi berjaya memudahkan kerja ahli Sekretaria­t Pilihan Raya (SPR) MRSMPC”
Abdul Aziz Ternyata penggunaan sistem i-Undi berjaya memudahkan kerja ahli Sekretaria­t Pilihan Raya (SPR) MRSMPC”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia