Harian Metro

Sentuhan perabot bekas nelayan

-

Melaka: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Begitulah usaha dilakukan seorang lelaki yang kini menceburi bidang pembuatan perabot daripada kayu palet (kayu pain) terpakai.

Sungguhpun tidak mempunyai kemahiran asas mahupun modal, Rosdi Manap, 49, dari Lorong Manap, Pulau Gadong, Klebang di sini, kini menumpukan sepenuh masa kerjaya menghasilk­an pelbagai jenis perabot rumah secara sendiri.

Bekas nelayan itu berkata, pembabitan­nya dalam bidang pembuatan perabot itu bermula kira-kira setahun lalu selepas menggunaka­n kayu palet kilang terpakai yang dibawa oleh anak saudaranya.

Katanya, dia tidak menyangka cubaan pertamanya berjaya menghasilk­an set meja bersama empat kerusi daripada kayu terbuang, sekali gus membuatkan­nya terus berkobar-kobar untuk meneruskan minat dalam seni pertukanga­n berkenaan.

“Lebih bermakna, apabila set meja buatan saya itu dibeli oleh seorang kenalan yang tertarik dengan hasil rekaan perabot diperbuat daripada kayu palet.

“Betitik tolak dari situlah saya menyedari potensi untuk mengembang­kan perniagaan ini, seterusnya dapat menjana pendapatan melalui pembuatan perabot,” katanya.

Bapa kepada lima anak berusia antara 12 dan 24 tahun itu berkata, dia bersyukur kerana dikurniaka­n bakat semula jadi walaupun mengakui tidak mempunyai sebarang pengalaman dan kemahiran dalam seni pertukanga­n berkenaan.

“Bayangkanl­ah betapa sukarnya jika kita tidak mempunyai kemahiran, pengalaman, malah modal untuk memulakan sesuatu pekerjaan.

“Namun saya amat bersyukur kerana dapat mengatasi segalanya secara beransur-ansur sehingga saya kini sudah mempunyai empat jenis mesin pembuatan berlainan fungsi,” katanya.

Katanya, antara produk yang berjaya dihasilkan melalui kayu palet ialah set meja makan, meja Jepun, rak komputer, rak kasut dan set meja santai.

“Setiap perabot yang ditempah bergantung pada permintaan serta reka bentuk diingini pelanggan.

“Saya juga turut mengilhamk­an sendiri rekaan perabot untuk menjadikan lebih menarik,” katanya.

 ??  ?? ROSDI menggunaka­n kayu palet untuk menyiapkan kerusi.
ROSDI menggunaka­n kayu palet untuk menyiapkan kerusi.
 ??  ?? ROSDI tekun menyiapkan warung niaga ditempah pelanggan di kediamanny­a di Lorong Manap, Pulau Gadong, Klebang.
ROSDI tekun menyiapkan warung niaga ditempah pelanggan di kediamanny­a di Lorong Manap, Pulau Gadong, Klebang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia