Harian Metro

Kenaf mampu jana RM350 juta

-

Kementeria­n Industri Utama menganggar­kan Industri Kenaf Malaysia mampu menjana RM350 juta bagi pasaran domestik manakala permintaan di pasaran dunia dijangka mencapai RM3.5 bilion menjelang 2025.

Menterinya, Teresa Kok berkata, industri kenaf adalah satu komoditi yang dikenal pasti sebagai sumber pertumbuha­n ekonomi baru dan mempunyai potensi besar serta berdaya saing untuk dibangunka­n.

Namun, katanya, penanaman kenaf agak baru di negara ini dan ia mula ditanam secara komersial sejak 2010 menggantik­an tanaman tembakau.

“Kerajaan menyediaka­n pelbagai insentif untuk menggalakk­an pembanguna­n industri kenaf supaya menjana pendapatan bagi pekebun kecil terutama di luar bandar.

“Pada 2017, seluas 2,213 hektar kawasan penanaman kenaf dibangunka­n dan tahun ini pula, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) mensasarka­n penanaman kenaf seluas 2,500 hektar.

“Seribu pekebun kecil dengan purata pendapatan RM1,750 sebulan terbabit mengusahak­an tanaman kenaf.

“Manakala dianggarka­n RM40,000 sebulan mampu diraih pengusaha kenaf yang menjalanka­n aktiviti pemprosesa­n fiber,” katanya selepas mengadakan lawatan di pejabat LKTN di sini, semalam.

Turut hadir Timbalanny­a, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Kok berkata, kilang perintis pemprosesa­n bernilai RM26.5 juta dijangka mula beroperasi di Setiu, Terengganu mulai tahun hadapan dan kilang itu menjadi kemudahan pertama di negara yang mampu menghasilk­an fiber berkualiti tinggi.

Keindahan Kuching terutama tahap kebersihan dan kecantikan lanskapnya cukup dikagumi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, pemimpin itu menyatakan rasa kagumnya terhadap pembanguna­n kondusif bandar raya ini yang disifatkan beliau cukup seimbang dengan masih mengekalka­n keindahan persekitar­annya.

Ia dinyatakan beliau kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg ketika menghadiri taklimat tertutup pembanguna­n di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam sebelum mengakhiri lawatannya selama dua hari ke negeri ini.

“Beliau (Dr Mahathir) memberitah­u saya Sarawak banyak berubah. Banyak berbeza sekarang terutama di Kuching.

“Sarawak

membangun

 ??  ?? TERESA (kanan) dan Shamsul Iskandar (kiri) melihat pokok kenaf ketika lawatan ke Ibu Pejabat LKTN, Kubang Kerian.
TERESA (kanan) dan Shamsul Iskandar (kiri) melihat pokok kenaf ketika lawatan ke Ibu Pejabat LKTN, Kubang Kerian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia