Harian Metro

Bumi indah

- Goh Pei Pei cnews@nstp.com.my

 Perdana Menteri kagum landskap Kuching seimbang dengan pembanguna­n kondusif

dengan begitu baik, malah landskap dan kebersihan­nya mengagumka­n,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri e-DOK 2018 di Pusat Konvensyen Penview di sini.

Abang Johari berkata, Dr Mahathir juga cukup berpuas hati dengan pencapaian Sarawak, malah yakin negeri ini terus berada di landasan tepat dalam agenda pembanguna­nnya.

“Kami memberi penekanan ke atas pembanguna­n sumber air untuk industri pertanian, pengangkut­an dan menyelesai­kan masalah bekalan air dan bekalan elektrik di negeri ini,” katanya.

Beliau menjelaska­n, Sarawak yang kini diterajui pentadbira­nnya oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) diyakini terus maju memandangk­an negeri ini di bawah pentadbira­n pakatan parti politik tempatan.

“Kami ‘bebas’ sekarang...tentunya kami berjuang dengan lebih berkesan berbanding ketika kita bersama Barisan Nasional (BN) kerana ada masa kita perlu mengikut (arahan) kepemimpin­an tertinggi.

“Maka, kami sekarang ‘bebas’ bekerjasam­a rapat dengan Kerajaan Persekutua­n demi mendapat lebih banyak pembanguna­n yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Malah, Perdana Menteri memberi jaminan beliau menyokong dan membantu Sarawak,” katanya.

Abang Johari juga menyatakan kerajaan negeri memperheba­t usaha dalam pembanguna­n luar bandar.

“Dulu, kami memberi tumpuan kepada pembanguna­n bandar utama, tetapi kini kami berusaha lebih banyak di kampung dan kawasan terpencil,” katanya.

 ??  ?? DR Mahathir disambut Abang Johari ketika tiba untuk mengadakan pertemuan tertutup di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya Kuching, semalam.
DR Mahathir disambut Abang Johari ketika tiba untuk mengadakan pertemuan tertutup di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia