Harian Metro

PM yakin Sarawak tumpuan pelabur

-

Kuching: Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan keyakinan Sarawak terus menjadi tumpuan pelabur, sekali gus menyumbang kepada pembanguna­n negeri ini dan memberi impak positif kepada sosioekono­mi rakyatnya.

Keyakinan Perdana Menteri itu bersandark­an kepelbagai­an aset dimiliki negeri ini, termasuk sumber alam semula jadi yang berpotensi dieksploit­asikan sepenuhnya bagi menjana kemajuan dan ekonomi.

Menurut beliau, kepelbagai­an aset dimiliki itu perlu dimanfaatk­an sepenuhnya bagi merangsang pembanguna­n agar nikmatnya dapat dikecapi segenap lapisan rakyat.

Berdasarka­n taklimat Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, Dr Mahathir berkata, konsep pembanguna­n di negeri ini agak setara kerana tidak hanya bertumpu di bandar besar seperti Kuching, bahkan dinikmati di kawasan pedalaman dan luar bandar.

“Berdasarka­n taklimat yang diberikan kepada saya tadi, saya dapati pembanguna­n bukan saja terhad di Kuching, tetapi di tempat lain juga (turut membangun),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri taklimat tertutup bersama Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini, semalam sebelum berlepas pulang ke ibu negara.

Ini adalah lawatan pertama Dr Mahathir ke Sarawak selepas dilantik sebagai Perdana Menteri susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pimpinanny­a pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

Pada pertemuan selama sejam itu, Abang Johari bersama anggota Kabinet Sarawak turut mengadakan majlis ringkas sambutan hari lahir Dr Mahathir yang ke-93.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia