Harian Metro

Ragui kemasukan ‘orang luar’

-

Tindakan UMNO Pusat melantik ‘orang luar’ bagi mengemudi Badan Perhubunga­n UMNO Terengganu disifatkan sebagai satu penghinaan kepada ahli parti negeri itu.

“Kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14

(PRU-14) pun masih terasa, sekarang ini pula.

“Pelantikan (Datuk Seri) Mahdzir Khalid sebagai Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Terengganu tidak boleh diterima. Ia satu penghinaan,” kata veteran UMNO, Datuk Roslan Awang Chik.

Katanya, keputusan pimpinan parti itu meminggirk­an kemampuan pemimpin UMNO di Terengganu untuk menguruska­n urusan parti di peringkat negeri berkenaan.

“Ramai ahli yang masih cuba melupakan kekalahan BN serta sedang memahami isu yang menjejaska­n moral serta kesetiaan mereka.

“Mereka masih percaya UMNO mampu bangkit semula dengan pimpinan baharu namun jelas mereka yang berkuasa tidak mahu melihat kebangkita­n semula parti ini.

“Saya tidak faham keputusan ini. Sekarang bukan tahun 1999 (ketika BN tewas di Terengganu kepada PAS),” katanya ketika ditanya mengenai pelantikan Mahdzir sebagai Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Terengganu.

“Malah, pelantikan timbalanny­a juga menimbulka­n persoalan. Walaupun dia dilahirkan di Terengganu, (Datuk) Din (Adam) tewas ketika bertanding di kerusi Parlimen Dungun.

“Kita ada 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua ahli Parlimen. Kita juga ada Ketua Bahagian yang menang pada pilihan raya, kenapa tidak boleh pilih antara mereka untuk memimpin UMNO Terengganu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia