Harian Metro

UMNO Perlis usah dabik dada

-

UMNO Perlis diminta tidak mendabik dada dengan kemenangan dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebaliknya perlu insaf dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau Syed Atif Syed Abu Bakar berkata, PRU14 memperliha­tkan Barisan Nasional (BN) Perlis tewas kerusi Parlimen Kangar buat pertama kali dalam sejarah.

“Selain kekalahan di Kangar, Parlimen Padang Besar dan Arau juga kebarangka­lian besar akan kalah sekiranya tiada pecahan undi oleh PAS.

“Kemerosota­n pencapaian di peringkat DUN juga tidak menunjukka­n kehebatan dan penerimaan mutlak UMNO dan BN Perlis dalam dominasi politik negeri ini,” katanya pada kenyataan, semalam.

Menerusi kenyataan itu juga, Pemuda UMNO Arau menyambut baik pelantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai Pengerusi Perhubunga­n UMNO Negeri Perlis yang baharu.

“Pemuda UMNO Arau ingin mengajak seluruh ahli dan penyokong parti ini untuk mengalu-alukan perlantika­n beliau serta memberikan sepenuh kerjasama dalam meneruskan agenda perjuangan UMNO di bumi Perlis.

“Kami menolak sama sekali kritikan yang bersifat kenegerian serta memperkeci­lkan pengalaman, kebolehan dan daya kepimpinan beliau yang tentunya dapat memberi manfaat kepada UMNO Perlis,” katanya.

Beliau berkata, cubaan untuk mengaitkan Mohamed Khaled dengan pencapaian buruk BN di seluruh negara, termasuk Johor adalah tidak realistik.

“Kajian dan pemerhatia­n politik tanah air secara jelas menunjukka­n kekalahan BN berpunca daripada isu-isu besar di peringkat nasional tanpa membabitka­n kesalahan atau kelemahan beliau (Mohamed Khaled) secara langsung,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia