Harian Metro

Wajar tahu bahasa Arab

 Tidak rugi jika umat Islam kuasai bahasa al-Quran

- Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

Baru-baru ini, ada individu Muslim mengutarak­an pandangan peribadiny­a mengenai bahasa Arab. Menurutnya, bahasa Arab tidak mempunyai nilai sebagai bahasa ilmu kecuali yang berkaitan bidang agama.

Beliau secara terang-terangan menyatakan bahasa Arab terbantut kemajuanny­a dalam bidang ilmu dan profesiona­l.

Pandangan individu itu perlu diperbetul­kan supaya masyarakat khususnya umat Islam tidak terpengaru­h dengan pandangann­ya yang tidak benar itu.

Bahasa Arab mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam. Ia dipilih menjadi bahasa pengantara bagi membawa mesej Islam.

Selain itu, semua amal ibadat tidak terlepas daripada penggunaan bahasa Arab, malah menjadi syarat sesuatu ibadat itu diterima seperti solat dan haji.

Al-Quran adalah kitab suci umat Islam yang diturunkan dalam bahasa Arab. Pemilihan bahasa

Arab dilihat sebagai satu pengiktira­fan besar kerana ia membantu ilmuwan memahami dan menjelaska­n maksud suruhan dan tegahan daripada Allah SWT.

Tuntutan mempelajar­i bahasa Arab tidak hanya yang menjurus kepada tujuan akademik, malah ia menjadi satu keperluan bagi masyarakat awam beragama Islam.

Allah SWT menjelaska­n pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhn­ya

Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab supaya kamu (menggunaka­n akal untuk) memahaminy­a.” (Surah Yusuf,

ayat 2)

Dalam ayat lain, Allah berfirman yang maksudnya: “Dan demikianla­h Kami menurunkan al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab.” (Surah al-Ra’d,

ayat 37)

Bahasa Arab bukan sesuatu yang janggal dalam kehidupan masyarakat Melayu. Jika disoroti sejarah perkembang­an bahasa Arab, ia mula masuk ke alam Melayu sejak kurun pertama Hijrah iaitu selaras dengan penerimaan masyarakat Melayu terhadap Islam.

Proses penyebaran Islam oleh pedagang Arab banyak mengubah kehidupan masyarakat Melayu ketika itu meliputi aspek kepercayaa­n, ekonomi, perundanga­n, pendidikan, kebudayaan dan kemasyarak­atan.

Perubahan itu turut membabitka­n proses pembelajar­an bahasa Arab. Ia berkembang secara aktif sebagai bahasa kepada agama Islam dan bahasa untuk memahami Islam dan menunaikan ibadat.

Selain itu, pengaruh bahasa Arab memartabat­kan bahasa Melayu sehingga mencapai status bahasa ilmu.

Antara pengaruh terbesar bahasa Arab dalam bahasa Melayu ialah peminjaman kosa kata Arab yang seterusnya diterima pakai dalam perbendaha­raan kata bahasa Melayu.

Perkataan seperti doa, wali, ajal, hidayah, takwim, tarikh, insan, jasad, arif, zikir, akad, fakir, fitnah, karib, kerabat, maaf, maruah, musafir, sedekah, tahniah, takziah, umat, waris, ziarah, adat, darjat dan ghaib adalah perkataan berasal daripada bahasa Arab.

Proses pengajaran dan pembelajar­an bahasa Arab terus mengalami perkembang­an positif di Tanah Melayu bermula dari institusi pondok dan madrasah pada abad ke-18 Masihi.

Proses perkembang­an yang amat baik itu terus berlangsun­g sehingga kini. Pengajaran dan pembelajar­an bahasa Arab sudah bermula seawal sekolah rendah lagi.

Bagi peringkat tinggi, banyak institusi pengajian tinggi awam menawarkan program pengajian bahasa Arab.

Bagi masyarakat awam beragama Islam, pembelajar­an bahasa Arab menjadi satu keperluan bagi memperbaik­i mutu ibadat yang dilakukan.

Apabila menguasai bahasa itu, setiap bacaan dalam solat akan mudah difahami. Keseluruha­n ibadat solat adalah satu doa permohonan kita kepada Allah SWT.

Kita perlu faham apa yang kita hajat dan doakan. Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa saja ragu-ragu terhadap penerimaan Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajab­annya. Ketahuilah sesungguhn­ya Allah tidak menerima doa daripada jantung hati yang lalai dan alpa.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi)

Usaha pihak yang cuba menyempitk­an bahasa

Arab hanya membabitka­n bidang ilmu agama sematamata perlu diperbetul­kan.

Lihatlah cendekiawa­n Islam seperti Ibn Rushd,

Ibn Sina, Ibn Khaldun, Ibn Bajjah, al-Zahrawi, Ibn al-Nafis, Jabir bin Hayyan, al-Khawarizmi, al-Mas’udi dan lain-lain meneroka pelbagai bidang ilmu tanpa meninggalk­an sumber al-Quran dan al-Hadis.

Karya mereka yang ditulis dalam bahasa Arab perlu diterokai bagi merungkai bidang ilmu yang dikaji termasuk bidang sains, sejarah, falsafah, undang-undang, perubatan, keagamaan, kesusaster­aan dan sebagainya.

Justeru, pandangan jumud sesetengah pihak mengenai bahasa Arab perlu diperbetul­kan bagi mengelak masyarakat terpengaru­h dengan pandangan sempit dan merugikan.

Pendidikan bahasa Arab perlu terus diperkasak­an di Malaysia bagi melahirkan lebih ramai sarjana dan cendekiawa­n Islam.

Siapa lagi yang perlu diharapkan untuk memperjuan­gkan pendidikan bahasa Arab melainkan kita semua yang menyayangi Islam dan bahasa agama ini.

 ??  ?? KOTA Makkah tempat bermulanya ajaran Islam di tanah Arab.
KOTA Makkah tempat bermulanya ajaran Islam di tanah Arab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia