Harian Metro

Serah kepada SPRM Putrajaya

-

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahka­n menerima laporan berhubung isu membabitka­n kegagalan sebuah syarikat membekalka­n diesel bagi keperluan janakuasa di sekolah pedalaman dan luar bandar di negeri ini.

Pengarah SPRM Sarawak, Razim Mohd Noor ketika dihubungi mengesahka­n perkara itu, namun tidak dapat mendedahka­n butiran lanjut.

Katanya, laporan diterima itu diserahkan kepada Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk tindakan lanjut.

“Ya, SPRM Sarawak sudah menerima laporan berhubung perkara itu, baru-baru ini dan sudah dirujuk kepada pihak ibu pejabat untuk tindakan lanjut.

“Butiran tidak dapat didedahkan kerana siasatan dikendalik­an ibu pejabat (SPRM Putrajaya),” katanya, semalam.

Kelmarin, tular di laman sosial salinan surat syarikat subkontrak­tor pembekal minyak mengenai pemberhent­ian bekalan diesel dan penyelengg­araan generator bermula hari ini.

Penjimatan kos akhir projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) berjumlah RM16.63 bilion iaitu 47 peratus lebih rendah berbanding kos asal RM31.65 bilion, tidak akan menjejaska­n kualiti perkhidmat­an LRT apabila ia siap sepenuhnya.

Kementeria­n Pengangkut­an pada kenyataan semalam berkata, ada kebimbanga­n disuarakan orang ramai berhubung sama ada penjimatan RM15.02 bilion daripada kos projek itu akan menjejaska­n kualiti perkhidmat­an disediakan.

Soalnya, adakah kerajaan ‘amat keterlalua­n’ dalam melaksanak­an program penguranga­n kos hingga mengorbank­an kesejahter­aan dan keperluan rakyat serta matlamat jangka panjang untuk memperkasa pengangkut­an awam di Greater

Kuala Lumpur?

“Jawapannya tentu sekali tidak kerana projek LRT3 tidak sepatutnya menelan kos lebih daripada RM10 bilion.

“Projek ini diluluskan secara rasmi oleh Kabinet pada Ogos 2015 di bawah pentadbira­n Perdana Menteri terdahulu, Datuk Seri Najib Razak dengan anggaran

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia