Harian Metro

Aiman kian matang

- DARI MUKA R21

Enggan layan perkara negatif untuk berjaya dalam bidang seni

“Saya akui pada awal kemunculan saya dikritik teruk hingga rasa tertekan.

“Malah sehingga hari ini ada saja individu yang mahu lihat saya jatuh tetapi saya enggan melayan perkara negatif itu dan banyak meminta nasihat daripada ibu bapa kerana mereka orang yang paling memahami diri saya pada saat suka dan duka,” katanya.

Tambah Aiman, adat anak seni pasti tidak terlepas dikecam namun golongan ini perlu bijak mengawal setiap isu yang berbangkit.

“Percayalah, semua orang akan melalui situasi ini. Cuma, sejauh mana kita mampu mengawal diri daripada terus dihantui amarah.

“Bagi saya, apabila sudah masuk dalam industri, mahu atau tidak kita perlulah hadapi situasi sebegini.

“Apa yang netizen kata, ambil yang positif untuk kita jadikan panduan dalam hidup manakala yang negatif buang jauhjauh,” katanya.

Beralih mengenai kerjaya seni nyanyian, Aiman yang terkenal menerusi lagu Ku Rela Di Benci memaklumka­n bakal muncul dengan lagu baru.

Menariknya, lagu itu akan menampilka­n sisi berbeza Aiman yang selama ini serasi dengan imej lagu balada 90-an.

“Lagu baharu ini sangat berbeza dengan lagu terdahulu. Apa yang boleh dikongsi buat masa ini, ia lari daripada imej saya selama ini.

“Cuma, saya tidak mahu ia terlalu mengejut kerana kena ambil kira penerimaan peminat. Jadi, caranya saya akan kongsi perubahan itu sedikit demi sedikit di laman sosial termasukla­h aspek penampilan diri,” katanya.

Sementara itu, Aiman berkongsi rasa teruja apabila menerima tawaran untuk menjadi salah seorang selebriti bagi programToy­ota Gazoo Racing musim kedua.

Aiman berkata, dia bakal berentap dengan sembilan peserta yang sememangny­a mahir dalam dunia perlumbaan.

“Nak memandu kereta manual bukan satu masalah besar tetapi rasa tercabar juga sebab ramai peserta yang sudah mahir.

“Apa pun, saya akan cuba yang terbaik untuk bersaing dengan mereka,” katanya. - Najiy Jefri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia