Harian Metro

Ariff bahran

- DARI MUKA R21

“Saya amat berterima kasih kepada peminat yang banyak memberi sokongan terhadap Kata Akhirmu.

“Kini jadual saya sudah mula sibuk dan padat dengan tawaran menyanyi,” katanya.

Ditanya mengenai tekanan dirasai selepas popular, Bahran tidak menafikan perkara itu.

“Memang sedikit sebanyak terasa juga tekanan kerana terikat dengan jadual kerja yang agak padat.

“Apa pun, memandangk­an sudah rezeki, saya yakin dapat melalui tekanan itu dengan sebaik mungkin. Saya juga yakin dengan sikap positif serta kuat fizikal dan mental, saya pasti dapat menghadapi­nya.

“Bagi saya, harus bijak membawa diri dalam industri hiburan supaya tidak dikaitkan dengan gosip dan kontrovers­i,” katanya.

Namun pemilik nama sebenar Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari ini juga tidak terlepas dengan cerita sensasi.

Dua bulan lalu, timbul spekulasi perselisih­an faham di antara komposer dan penulis lirik, Sang Hitam dan Bahran.

Ia gara-gara

Bahran didakwa tidak memaklumka­n namanya sebagai komposer dan penulis lirik bersama single Kata Akhirmu.

Tidak berselindu­ng mengenainy­a, Bahran berkata, perselisih­an itu sudahpun diselesaik­an secara baik.

“Saya sudah bertemu dan memberi penjelasan kepada Sang Hitam perkara sebenar dan dia memahaminy­a.

“Kami juga sudah bermaafan di antara satu sama lain dan tiada lagi

Bahran kini sibuk penuhi undangan persembaha­n

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia