Harian Metro

‘Saya dikhianati’

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Sofi Jikan tabah hadapi kemelut dalam hidup

Terpalit isu penyalahgu­naan dadah ibarat mimpi buruk buat pelakon Sofi Jikan. Bukan saja kehilangan kepercayaa­n rakan, Sofi juga hilang punca pendapatan dalam bidang lakonan.

Menganggap apa yang berlaku adalah perbuatan khianat individu tertentu yang didakwa dilakukan pelakon Datuk Farid Kamil, Sofi atau Mohamad Shoffi Jikan, 48, kini dalam proses menghasila­n filem Tikam Belakang.

Mengakui ingin menyindir individu terbabit, Sofi berkata, filem itu adalah projek lepas geram terhadap pelakon itu dan beberapa pihak lain.

“Filem ini memang saya tujukan buat dia. Kalau yang mengikuti kes saya ini pasti tahu. Walaupun ia dipersemba­hkan secara menyeluruh tetapi siapa makan cili, dia terasa pedas.

“Buat masa sekarang, filem ini menjalani penggambar­an secara berperingk­at dan pelakon terdiri daripada kawan-kawan. Memandangk­an ia projek berkumpula­n, jadi belum ada sebarang perancanga­n bila akan ditayangka­n dan di mana.

“Kalau sudah siap nanti baru boleh fikir langkah seterusnya. Cuma, sasaran saya adalah siapkan dahulu biarpun mengambil masa panjang,” katanya.

Terlanjur berkongsi perkara itu, Sofi mengakui masih belum boleh melupakan perbuatan yang didakwa dilakukan Farid hingga mengakibat­kan dirinya hilang segala-galanya.

“Sejak kes terbabit, saya masih tidak bercakap atau berjumpa Farid. Saya juga tidak mahu berbuat demikian meskipun ada usaha daripada rakan lain untuk mempertemu­kan kami.

“Lagi pun selama ini saya selalu tonjolkan diri jahat tetapi bukan penjenayah. Pada masa sama, orang juga tidak pernah melihat saya baik, apatah lagi saya nak mengaku diri baik.

“Jadi, apabila perkara ini berlaku, saya terima apa saja apa orang cakap. Saya okey saja asalkan tidak mengganggu kehidupan orang lain. Alhamdulil­lah, saya masih ada keluarga yang sentiasa memberikan sokongan,” katanya.

JUAL MINYAK WANGI TEPI JALAN

Selain terbabit dalam perniagaan pelaburan mata wang asing secara dalam talian, Sofi yang bakal muncul dalam filem Polis Evo 2 berkata, dia meneruskan perniagaan minyak wangi yang dihasilkan dua tahun lalu.

“Dulu saya boleh jual minyak wangi ini di mana saja jika terbabit dalam sebarang acara atau program. Selepas tidak mendapat sebarang tawaran berlakon, saya pun ambil pendekatan lain.

“Macam peniaga kecil lain, saya turut menjual minyak wangi di kaki lima dan pergi dari satu kedai makan ke kedai makan lain. Saya okey saja dan tidak ada apa perlu dimalukan.

“Kalau saya tak buat, siapa nak bagi saya makan? Alhamdulil­lah, dengan cara ini saya boleh menjana sedikit pendapatan. Saya juga bersyukur, sejak minyak wangi ini dilancarka­n hampir 10,000 botol sudah terjual,” katanya.

Kongsi Sofi lagi, dia turut menggunaka­n pendekatan

untuk berniaga.

“Kalau kebetulan sedang menjual ada peminat yang datang menegur dan ingin bergambar, saya ambil kesempatan itu untuk beritahu perkara sebenar.

“Dari situ, saya akan terus meyakinkan mereka mengenai minyak wangi ini hingga mereka membelinya. Bagi saya, ia tak salah kerana mereka datang bertanya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia