Harian Metro

PESERTA BELAJAR BERDIKARI

-

Program selama tiga hari dua malam itu hasil kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kulim-Bandar Baharu membabitka­n ahli Pengakap Muda dan Remaja berusia 13 hingga 17 tahun di sekitar daerah berkenaan.

Kem ini diadakan untuk ahli mendapatka­n Lencana Usaha yang wajib dimiliki calon Pengakap Raja.

Pemimpin Pengakap yang juga Kem Komandan, Mohd Hasni Mustapa berkata, program ini bukan saja sebagai persediaan Pengakap Raja, malah mendedahka­n ahli ke arah aktiviti pengakap yang sebenar.

“Penganjura­n ini sekali gus mendidik kemahiran secara individu,” katanya.

Pemimpin Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Merah, Mohd Kamal

Masor @ Ibrahim berkata, perkhemaha­n itu adalah kali pertama bagi pengakap aliran pendidikan khas dalam daerah Kulim dan Kedah yang dikumpulka­n bersama.

“Sebelum ini, kami hanya buat di sekolah masing-masing. Pembabitan sebanyak lapan sekolah menengah dalam daerah Kulim dan Bandar Baharu yang menyediaka­n Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Skim Latihan Lencana Usaha (Tahap 2) ada perbezaan dengan sekolah aliran perdana.

“Perbezaan meliputi cara penyediaan makanan, kembara lasak juga tidak ada dalam skim lencana bagi aliran pendidikan khas.

“Kami berharap mereka dapat menguruska­n diri, menjalani kehidupan secara berkumpula­n serta pendedahan bersama masyarakat luar, boleh berkomunik­asi dan bersosial serta berdikari,” katanya.

Beliau berharap perkhemaha­n berkenaan dapat dilaksanak­an secara besar-besaran untuk Pendidikan Khas di peringkat negeri Kedah dan Malaysia khasnya serta memiliki tapak khas untuk Pengakap daerah Kulim bagi menjalanka­n aktiviti.

Pelajar SMK Luna (Integrasi Pendidikan

Khas), Nur Aya Izzaty Irfan Marshidi, 14, gembira dapat menyertai perkhemaha­n itu dan belajar banyak perkara baru.

“Saya menyertai pengakap dari sekolah rendah lagi. Dalam perkhemaha­n sebegini, bukan saja dapat bertemu dengan ramai kawan, saya juga dapat belajar pelbagai jenis kemahiran antaranya cara memasang khemah, ikatan dan memasak,” katanya.

“Saya berharap perkhemaha­n sebegini diteruskan pada tahun akan datang dan dikumpulka­n lebih ramai lagi,” katanya.

Majlis penutupan kem itu disempurna­kan Pesuruhjay­a Pengakap Daerah Kulim, Kedah, Ismail Othman yang menerima bendera daripada wakil ahli pengakap.

Turut disampaika­n sijil penghargaa­n kepada ahli Pengakap Kelana yang hadir sebagai Pembantu Pemimpin. - Fazurawati

Che Lah

 ??  ?? AHLI pengakap pendidikan khas bergambar kenangan.
AHLI pengakap pendidikan khas bergambar kenangan.
 ??  ?? GEMBIRA dapat mempelajar­i pelbagai jenis simpulan dan ikatan.
GEMBIRA dapat mempelajar­i pelbagai jenis simpulan dan ikatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia