Harian Metro

Konvokesye­n internatio­nal medical university

-

Lebih daripada 400 graduan pelbagai bidang mengambil bahagian dalam istiadat konvokesye­n Internatio­nal Medical University (IMU) Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Istiadat konvokesye­n itu disempurna­kan Naib Canselor IMU, Prof Abdul Aziz Baba.

Upacara berkenaan juga menandakan satu peristiwa penting bagi IMU kerana tujuh graduan universiti itu mencatat sejarah apabila menjadi graduan pertama lulusan Diploma Pasca siswazah dalam Pergigian Implan (PGDID) yang pertama di negara ini.

Majlis turut meraikan dua graduan Sijil Pasca Sarjana IMU yang tamat pengajian kohort pertama Sijil Pasca Siswazah dalam Pendidikan Profesion Kesihatan (PGCHPE).

Abdul Aziz dalam ucapannya mengingatk­an pelajar tujuan sebenar mereka memilih berada di dalam profesion penjagaan kesihatan.

“Pendidikan anda di IMU menyediaka­n masa depan ini untuk anda. Jangan berhenti belajar.

“Jadikan setiap hari sebagai proses pembelajar­an sama ada ia untuk meningkatk­an kemahiran teknikal dan pengetahua­n atau menjadi ahli yang sentiasa menyumbang kepada industri penjagaan kesihatan.

“Untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memenuhi harapan mereka, kita mesti sentiasa optimis dan berfikiran terbuka. Berilah sokongan dan keselesaan kepada masyarakat apabila khidmat diperlukan,” katanya.

Pengarah Program PGDID, Dr Y Naresh Shetty berkata, program PGDID dibangunka­n khas IMU bagi melahirkan pengamal pergigian menerusi latihan lanjutan dan kelas pengajian untuk membantu mengembang­kan pengetahua­n mereka dalam pergigian implan.

“Kami bangga meraikan graduan PGDID yang berjaya menamatkan pengajian pertama menerusi program pembelajar­an modul satu tahun biarpun pada masa sama mereka sibuk dengan amalan pergigian mereka.

“Program ini distruktur menjadi penanda aras kepada Kolej Pakar Bedah Diraja Edinburgh dalam Diploma Pemeriksaa­n Pergigian Implan.

“Ia diwujudkan untuk menyokong latihan dan pembelajar­an pengamal pergigian yang menggunaka­n model mod pengajian fleksibel. Penuntut diberi kelonggara­n sama ada melakukan pembedahan implan di klinik mereka atau di bawah pengawasan di Pusat Penjagaan Kesihatan Mulut IMU,” katanya.

 ??  ?? ABDUL AZIZ (enam dari kanan) bersama barisan tertinggi IMU pada majlis konvokesye­n.
ABDUL AZIZ (enam dari kanan) bersama barisan tertinggi IMU pada majlis konvokesye­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia