Harian Metro

Gapai cita-cita

-

gembira kerana dapat beraksi kali pertama dalam kejohanan yang besar walaupun masih amatur jika dibandingk­an dengan peserta lain,” katanya yang aktif dalam renang kategori kuak dada.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, tahun berikutnya, dia terpilih untuk mewakili Terengganu dalam Sukan Malaysia (SUKMA) di Pahang (2012) dan SUKMA Perlis pada 2014.

Menurut Hamirul, peluang menyertai temasya berkenaan menjadikan­nya terus bersemanga­t dan tidak lagi menoleh ke belakang, sebaliknya berazam untuk terus aktif dalam sukan renang.

“Selepas menyambung pengajian, saya tidak lagi bertanding untuk negeri tetapi mewakili UM dalam kejohanan sukan peringkat universiti.

“Antaranya Sukan Insititusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2016 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor Bahru dan SUKIPT 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Februari lalu.

“Meskipun ada pengalaman bertanding ketika masih bersekolah, saya tetap gementar setiap kali sebelum beraksi kerana bimbang melakukan kesilapan yang boleh menyebabka­n penyertaan saya terbatal memandangk­an teknik renang kuak dada amat sukar jika dibandingk­an dengan yang lain,” katanya yang mengagumi perenang United Kingdom (UK), Adam Peaty.

Berkenaan hala tujunya, Hamirul berkata, dia berazam menduduki podium dalam setiap kejohanan disertainy­a selain memperbaik­i catatan masa peribadiny­a.

Katanya, sasaran lebih tinggi adalah untuk memecahkan rekod Malaysia dan berharap impian itu terlaksana.

“Selain keluarga, jurulatih peribadi, Lini Kazim banyak membantu saya memperbaik­i prestasi terutama ketika sesi latihan yang diadakan setiap Isnin hingga Sabtu.

“Pada masa sama, saya juga ambil inisiatif sendiri dengan menjaga disiplin termasuk soal pemakanan supaya kekal cergas untuk terus aktif dalam sukan renang.

“Persediaan rapi itu amat membantu terutama menjelang kejohanan namun selain menyasarka­n kemenangan, matlamat saya untuk mengembang­kan sukan ini di negeri sendiri bagi melahirkan lebih ramai pelapis yang boleh mengharumk­an nama negara di persada antarabang­sa,” katanya.

 ??  ?? HAMIRUL mahu terus aktif dalam sukan renang untuk ke peringkat lebih tinggi.
HAMIRUL mahu terus aktif dalam sukan renang untuk ke peringkat lebih tinggi.
 ??  ?? HAMIRUL giat menjalani latihan untuk memperbaik­i prestasiny­a.
HAMIRUL giat menjalani latihan untuk memperbaik­i prestasiny­a.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia