Harian Metro

BUKAN SEKADAR MISI KEMANUSIAN

-

Mana tidaknya, jika orang lain selesa menghabisk­an waktu terluang bersama keluarga di rumah, mereka mengerah keringat membantu golongan yang memerlukan atas dasar kemanusiaa­n.

Kini, lebih 1,000 usahawan yang dibantu berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan dan ada antaranya mampu meraih pendapatan melebihi RM3,000 sebulan.

Pengerusin­ya, Azzah Muyassarah Asat berkata, NGO yang ditubuhkan pada 2011 itu pada asalnya menganjurk­an pelbagai program modal insan dan misi kemanusiaa­n selain menjadi rakan strategik pelbagai NGO.

Katanya, pertubuhan itu juga turut menyumbang tenaga dengan menyertai misi kemanusiaa­n pelbagai NGO selain menyalurka­n sumbangan dan membantu golongan ibu tunggal meningkatk­an jati diri mereka serta membantu anak yatim serta pelajar sekolah miskin menerusi pelbagai program pembanguna­n modal insan.

“Tidak terhenti di situ, kami maju setapak lagi dengan membantu dan membina usahawan yang terdiri daripada golongan miskin untuk meningkatk­an pendapatan menerusi bidang perniagaan.

“Kita nampak hasil daripada program ini dan cuba jalin hubungan dengan agensi kerajaan. Kerjasama ini membuahkan hasil apabila program pertama dijalankan dengan penyertaan 300 peserta pada 2014.

“80 peratus daripadany­a berjaya mengubah nasib mereka daripada miskin dan tiada pendapatan hingga mampu menyara diri dan keluarga dengan selesa.

“Program keusahawan­an yang diuruskan pertubuhan ini membabitka­n kemahiran dan perniagaan berasaskan makanan dan minuman, jahitan, pembersiha­n, spa dan salun, tadika serta taska bertujuan meningkatk­an pendapatan peserta.

“Hingga tahun lalu ratarata peserta turut capai prestasi membanggak­an dan berjaya keluar daripada kemiskinan.

“Nak bantu orang susah untuk jadi usahawan berjaya bukan mudah sebaliknya perlu teknik yang betul. Tidak mudah sebenarnya nak ubah mentaliti dan sikap mereka untuk berjaya,” katanya.

Menurutnya, ada

Mahabbah Malaysia bantu lebih 1,000 usahawan keluar daripada kemiskinan

 ??  ??
 ??  ?? KEGIGIHAN Azzah turun padang berbakti kepada mereka yang memerlukan.
KEGIGIHAN Azzah turun padang berbakti kepada mereka yang memerlukan.
 ??  ?? PESERTA spa mengikuti latihan di bawah program Mahabbah.
PESERTA spa mengikuti latihan di bawah program Mahabbah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia