Harian Metro

BAWA ANAK KETIKA CERAMAH

-

Wanita ligat perkenal sistem blockchain yang kian menjadi trend

DARI MUKA H49

Kejayaanny­a dalam bidang itu turut melayakkan Nur Ezdiani meraih Anugerah Tun Puteh oleh Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi Malaysia) sebagai inspirasi kepada wanita lain berjaya dalam bidang masing-masing, Mei lalu.

Katanya, teknologi

berfungsi menjaga maklumat peribadi agar tidak dapat ditiru atau diubah.

Jika di negara maju sudah terkenal dengan

sudah tiba masanya Malaysia mengambil peluang dengan perkembang­an teknologi itu untuk membawa kebaikan dalam pelbagai sektor.

Mengulas lanjut, wanita yang memiliki diploma Pengurusan Perniagaan ini kemudian menyambung pengajian dalam Ijazah Komunikasi Multimedia di Universiti Terbuka Kuala Lumpur sebelum memulakan kerjaya sebagai guru sandaran di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur.

“Oleh kerana meminati bidang teknologi media, saya berhenti kerja apabila ditawarkan menjadi pengarang di sebuah majalah permainan video dan satu-satunya pekerja Melayu. Majalah ini iaitu kolaborasi antara tiga negara iaitu Taiwan, China dan Korea namun ia juga tidak bertahan lama. Sebaik melangsung­kan perkahwina­n, saya terus bekerja dengan suami.

“Ramai tidak tahu teknologi ini sebenarnya adalah rekod atau lejar umum dikongsi banyak pihak. Rekod itu hanya boleh diubah suai selepas mendapat persetujua­n majoriti pihak terbabit dalam sistem ini.

“Teknologi ini mengutamak­an ketelusan bagi setiap transaksi secara digital selain boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi termasuk sistem pembayaran, mata wang digital, penemuan saintifik dan sistem undian,” katanya.

Berpengala­man dalam bidang analisis program, Nur Ezdiani memperkena­lkan teknologi di Indonesia pada 2013 menerusi gabungan dengan kerajaan Indonesia dan diguna pakai pelbagai organisasi terkemuka antarabang­sa.

Walaupun hampir dua tahun diperkenal­kan, banyak pihak masih skeptikal sama ada negara ini bersedia menerima inovasi itu.

“Ini sangat berguna kerana pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan boleh dinikmati di negara ini.

“Inovasi ini mampu beri manfaat kepada masyarakat dan seharusnya dibangunka­n dengan lebih sistematik dan memberi faedah kepada pengguna,” katanya.

Aplikasi diasaskan bersama suaminya, Datuk Muhd Azrainuddi­n Zainal dilihat sebagai perintis teknologi kewangan di negara ini.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata perempuan itu, syarikatny­a menyasarka­n pembukaan 100 cawanganny­a di Malaysia menjelang 2020 untuk mengembang­kan operasi.

Katanya, kerjasama dengan beberapa universiti tempatan sedang dilakukan bagi meningkatk­an kesedaran mengenai kepentinga­n perlindung­an data peribadi dan pengurusan harian,” katanya.

Aplikasi ini juga dikategori­kan sebagai dompet digital

(e-Wallet) yang mampu mengurangk­an penggunaan wang tunai dan boleh ditambah nilai.

“Kerajaan Kemboja juga percaya dengan teknologi ini dan sedang dalam peringkat pelaksanaa­n di sebuah pasar raya di sana.

“Aplikasi ini sudah dimuat oleh lebih 40,000 pengguna di seluruh dunia,” katanya.

Dalam kesibukan menguruska­n perniagaan dan terpaksa keluar negara bagi memenuhi undangan memberikan ceramah, pasangan ini tidak pernah meninggalk­an anakanak di rumah malah

Nur Ezdiani sudah biasa membawa anak-anak ke mana saja mereka pergi.

“Kami jarang meninggalk­an anak di rumah kecuali yang sudah bersekolah. Jika ada urusan ke luar negara memang anak akan ikut serta. Lagipun saya menyusukan anak sendiri sehingga dua tahun. Mereka menjadi pencetus inspirasi untuk kami bekerja lebih kuat,” katanya.

 ?? Nur Ezdiani Baharoddin ?? SENTIASA menyokong antara satu sama lain kunci kejayaan pasangan ini. Kami jarang meninggalk­an anak di rumah kecuali yang sudah bersekolah.
Jika ada urusan ke luar negara memang anak akan ikut serta
Nur Ezdiani Baharoddin SENTIASA menyokong antara satu sama lain kunci kejayaan pasangan ini. Kami jarang meninggalk­an anak di rumah kecuali yang sudah bersekolah. Jika ada urusan ke luar negara memang anak akan ikut serta
 ??  ?? ANAK menjadi penguat semangat buat pasangan ini.
ANAK menjadi penguat semangat buat pasangan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia