Harian Metro

REZEKI USIA MUDA

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my MILIKI WISMA SENDIRI

Baru berusia 22 tahun namun anak kelahiran Tapah, Perak ini semakin menghampir­i impian hidupnya. Walaupun namanya masih belum dikenali ramai namun dia berjaya memiliki perniagaan dan wisma sendiri pada usia yang masih muda.

Ternyata ia bukanlah satu pencapaian mudah yang boleh dicapai sekelip mata kerana segalanya perlukan pengorbana­n dan semangat tanpa kenal erti putus asa.

Perjalanan hidupnya dalam mengejar impian wajar dijadikan inspirasi bukan saja kepada usahawan baru yang mahu menggapai kejayaan malah kepada mana-mana individu mempunyai impian memiliki perniagaan sendiri.

Memulakan perniagaan sejak berusia 14 tahun ketika masih di bangku sekolah, Mohamad Khawarizmi Noor Rizan berkata, minat dalam perniagaan membuatkan dia cuba menceburi bidang itu walaupun pada usia yang sangat muda.

“Ketika itu saya lihat pelbagai perniagaan rancak dijalankan secara dalam talian di laman sosial terutamany­a Facebook yang membuatkan saya tertarik untuk menjana pendapatan sendiri.

“Walaupun masih muda tetapi saya berjaya buktikan usia bukan penghalang untuk berjaya. Asalkan bijak mencari peluang dan menguruska­n kewangan dengan baik, segalanya bukan penghalang,” katanya.

Menurut Mohamad Khawarizmi, dia tidak mempunyai latar belakang dalam bidang perniagaan juga tidak dikeliling­i individu yang terbabit dalam bidang ini.

“Semuanya saya mulakan sendiri. Saya atur hidup sebaik mungkin selain fokus dengan matlamat dan impian yang mahu dikecapi. Syukur, akhirnya saya berjaya memiliki perniagaan dengan jenama sendiri.

“Mungkin bagi sesetengah individu, saya masih terlalu muda tapi sudah mampu menguruska­n perniagaan dengan baik walaupun perlu melalui pelbagai suka duka sebelum berada pada tahap ini,” ujarnya.

Anak muda yang juga pengasas jenama kecantikan Glamrose Legacy Marketing itu berkata, dia juga tidak terlepas daripada cengkaman duri cabaran, apatah lagi bagi anak muda sepertinya yang tiada asas perniagaan.

“Seperti yang saya katakan, semuanya bukan mudah kerana saya lakukannya sendiri. Masih segar di ingatan apabila saya pernah ditipu rakan karib sendiri. Situasi itu membuatkan saya tergamam dan sukar untuk menerimany­a disebabkan ia dilakukan individu yang paling saya percaya.

“Kekecewaan itu juga mengajar saya untuk lebih berhati-hati dan memasang strategi baru untuk memastikan enam produk yang saya hasilkan dibeli pelanggan. Syukur, pengalaman itu mematangka­n saya. Saya tahu, untuk mempunyai perniagaan sendiri, kita perlu buang perkataan putus asa daripada hidup. Yang mesti ada ialah gigih, berusaha, rajin mencari ilmu dan berdoa kepada Allah,” katanya.

Mohamad Khawarizmi berkata, dia memilih bidang kecantikan sebagai sumber utama perniagaan­nya kerana yakin semua individu mahu kelihatan menarik setiap hari.

“Tidak kira lelaki mahupun wanita, semua orang mahu tampil cantik dan menyerlah. Oleh itu, saya yakin ia bidang perniagaan paling tepat yang sesuai saya jalankan.

“Walaupun berdepan saingan sengit daripada pelbagai jenama kecantikan yang muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan, saya yakin pengalaman yang saya ada mengatasi segalanya,” katanya.

Tambahnya, lebih membanggak­an apabila dia berjaya memiliki wisma perniagaan sendiri yang akan dilancarka­n Ogos ini.

“Wisma ini sudah siap pengubahsu­aian dan sudah beroperasi namun pelancaran akan dilakukan bulan depan. Tiada kata yang dapat saya bayangkan kegembiraa­n yang saya rasai kini selepas berjaya memiliki wisma perniagaan sendiri.

“Saya rasa segala penat lelah dan dugaan yang saya tempuhi selama ini berbaloi apabila melihat wisma ini beroperasi. Namun ia tidak bermakna saya boleh bergembira dan berpuas hati kerana perjalanan perniagaan saya masih jauh lagi,” ujarnya.

Mohamad Khawarizmi mengakui untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam memperkena­lkan jenamanya bukanlah perkara mudah.

“Ia adalah perkara yang paling sukar kerana kita perlu bersaing dengan jenama tempatan dan antarabang­sa yang sudah lama mendapat tempat dalam masyarakat.

“Namun, saya yakin dengan pengalaman yang ada, suatu hari nanti saya juga mampu berdiri sama tinggi dengan nama besar pengasas bidang kecantikan lain,” ujarnya.

 ??  ?? Walaupun masih muda tetapi saya berjaya buktikan usia bukan
penghalang untuk berjaya. Asalkan bijak mencari peluang dan menguruska­n kewangan dengan baik segalanya bukan penghalang
Walaupun masih muda tetapi saya berjaya buktikan usia bukan penghalang untuk berjaya. Asalkan bijak mencari peluang dan menguruska­n kewangan dengan baik segalanya bukan penghalang
 ??  ?? TIDAK mudah berputus asa menjadi pegangan hidup.
TIDAK mudah berputus asa menjadi pegangan hidup.
 ??  ?? ANAK muda berjaya dalam perniagaan. MEMILIKI wisma perniagaan sendiri pada usia muda.
ANAK muda berjaya dalam perniagaan. MEMILIKI wisma perniagaan sendiri pada usia muda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia