Harian Metro

Kasih peminat setia

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Amy Mastura Fan Club anjur Santai Raya 2018 di Sungai Buloh

Datanglah artis baru yang cantik, hebat dan popular tetapi peminat setia Amy Mastura, 47, tidak pernah berpaling daripada meminati penyanyi lagu Sha Na Na ini.

Saban tahun, anggota Amy Mastura Fan Club (AMFC) tidak pernah ketinggala­n menganjurk­an program berbuka puasa atau majlis perjumpaan Aidilfitri yang turut dihadiri Amy bagi mengeratka­n silaturahi­m sesama mereka.

Baru-baru ini mereka memilih Rumah Makan Terlajak Laris di Sungai Buloh, Selangor bagi penganjura­n Santai Raya 2018 AMFC bersama Amy Mastura.

Seperti biasa, majlis ini berjaya mengumpul lebih 50 ahli AMFC yang mendaftar sejak remaja yang datang dari jauh dan dekat.

Majlis sederhana itu tetap berlangsun­g meriah dengan pelbagai acara permainan yang diadakan. Apatah lagi Amy yang turut serta mengambil bahagian berjaya mencuit hati peminatnya dengan karakterny­a yang selamba, bersahaja dan lucu.

Sikap ‘sporting’ peminat dan Amy sendiri berjaya melancarka­n program yang bermula dari jam 12 tengah hari dan berakhir jam 5 petang.

Amy melahirkan perasaan terujanya kerana mendapat sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi dari dulu hingga kini.

“Saya bersyukur masih ada peminat setia bersama Amy Mastura. Alhamdulil­lah kerana masih ada orang yang nak kendalikan kelab peminat dan buat majlis ini.

“Setiap tahun pasti ada sama ada majlis berbuka puasa atau Aidilfitri. Mereka sokong saya dan saya kenalah sokong mereka dengan beri kerjasama untuk hadir,” katanya.

Ditanya berkenaan karier, Amy yang masih kekal bersama Sony Music bakal muncul dengan single berjudul Warni Warni Dunia ciptaan Malique.

“Rakaman sudah dibuat sejak awal tahun ini. Konsepnya hip hop tapi saya tetap menyanyi ikut cara saya iaitu pop balada.

“Saya juga masih didatangi tawaran berlakon dan terbaru kembali ke set rakaman Jihan Show musim kedua.

“Rasa seronok buat sitkom kerana ia ibarat jadual kerja saya setiap hari,” katanya.

“Amy hidup bahagia bersama suaminya, Alvin Tham dan dua anak iaitu Adalia dan Adriana.

“Saya seronok dengan kehidupan sekarang.

Kalau nak dikatakan saya tutup cerita rumah tangga pun, tiada apa yang nak diceritaka­n.

“Alvin sibuk dengan kerjayanya dalam bidang carigali minyak dan gas. Dia lebih selesa berada di rumah bersama anak-anak berbanding ikut saya ke acara hiburan.

“Mungkin apabila anak-anak sudah bekerja dan berkahwin, kami akan ada banyak masa untuk bersama-sama ke manamana acara,” katanya.

Setiap tahun Amy akan pastikan dapat meluangkan masa untuk keluarga dengan bercuti bersama-sama.

“Ini acara wajib dan kami baru saja balik bercuti dari Doha, Qatar,” katanya.

Dalam pada itu, AMFC berharap Amy dapat merealisas­ikan impian mereka dengan mengadakan satu konsert buat peminatnya.

 ?? FOTO ?? AMY tetap ceria walau
di mana saja berada.
FOTO AMY tetap ceria walau di mana saja berada.
 ??  ?? PELBAGAI aksi peminat
Amy Mastura.
PELBAGAI aksi peminat Amy Mastura.
 ??  ?? PEMINAT cilik turut meminati Amy.
PEMINAT cilik turut meminati Amy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia