Harian Metro

Kekasih dia segalanya...

-

Pelakon wanita ini sering dikaitkan dengan ramai lelaki. Ibaratnya, kisah perhubunga­n dengan lelaki itu seperti menukar baju.

Bukan saja dalam kalangan artis, tetapi orang biasa juga. Terbaru, pelakon ini dikatakan rapat dengan ahli sukan yang pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita lain.

Apa yang menjelikka­n mengenai artis wanita ini adalah sikapnya yang dianggap murah kerana terlalu terhegeh-hegeh. Seolah-olah dia tidak ada harga diri.

Dari segi luaran, dia nampak ayu dan sopan santun. Bercakap pun lemah lembut saja. Sebaliknya, apabila dia berjumpa lelaki dan orang dicintai, hilang segalagala­nya.

Kata rakan SS, dia terkejut melihat pelakon wanita itu yang dianggap ‘jakun’ apabila dia seperti tidak pernah melihat lelaki. Apa tidaknya, boleh dikatakan setiap masa dia nak berhubung dengan teman lelaki.

Pantang ada masa terluang, dia pasti menghubung­i teman lelakinya itu. Ketika mandi dan tidur saja dia tidak berbuat sedemikian. Selebihnya, masa itu untuk sang kekasih walaupun ia sebenarnya mengundang rasa rimas orang sekeliling.

Disebabkan sikapnya itu, kata rakan SS, setiap hari dan sepanjang masa dia lambat bersiap hingga membuatkan kru perlu menunggu.

Kerana sikap itu juga, jadual penggambar­an lambat dan terlepas banyak pemandanga­n menarik.

Seperkara lagi yang membuatkan orang sekeliling naik meluat, pelakon itu sengaja nak bercakap kuat. Kalau boleh dia nak semua orang dengar apa yang dibualkan bersama kekasihnya itu. Naik muntah rakan SS dibuatnya. Geli!

SS: Khabarnya penyanyi Siti Sarah dirisik untuk mengadakan konsert di Singapura

pula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia