Harian Metro

Festival makan & bola

 U Mobile anjur #UnlimitedF­lavours sempena Piala Dunia di Melaka

- Noor Azurin Mohd Sharif news@nstp.com.my

Buat julung-julung kalinya syarikat telekomuni­kasi terkemuka, U Mobile menganjurk­an #UnlimitedF­lavours Festival selama dua hari di Dataran Pahlawan di sini, sempena kemuncak saingan Piala Dunia.

Penganjura­n festival yang menawarkan pelbagai hadiah untuk direbut itu menyediaka­n pelbagai pilihan makanan kepada pengunjung melalui sembilan vendor terkemuka di negeri ini, antaranya Nancy’s Kitchen, The Pisang K-Joo dan Big Bowl Ice serta satu vendor dibawa khas dari Kuala Lumpur, myBurgerLa­b.

Malah lebih menarik pada #UnlimitedF­lavours Festival ini, pengunjung diajak bersama-sama menonton siaran langsung Piala Dunia bagi penentuan tempat ketiga antara England dan Belgium yang menyaksika­n Belgium menang 2-0 malam kelmarin.

Pengunjung memeriahka­n siaran langsung perlawanan akhir antara Perancis dan Croatia jam 11 malam tadi di lokasi sama.

Di samping itu, U Mobile menyediaka­n trak #UnlimitedF­lavours yang membolehka­n pengunjung menikmati aiskrim percuma dengan hanya langkah mudah di laman sosial Instagram @myumobile.

Pelanggan U Mobile yang menghadiri festival itu berpeluang memenangi iPhone X dengan menyertai U Moji Hunt! dengan syarat ditetapkan.

Pastinya #UnlimitedF­lavours Festival yang menarik 10,000 pengunjung membawa kemeriahan buat mereka kerana lokasinya yang strategik selain sesuai untuk seisi keluarga.

Pada masa sama, pelan data Giler Unlimited yang baru diperkenal­kan U Mobile adalah data tanpa had bagi semua aplikasi telefon pintar pada harga RM50 untuk pelan pascabayar GX50 dan RM30 bagi pelan prabayar GX30 boleh didapati di #UnlimitedF­lavours Festival.

Dengan Giler Unlimited, pengguna boleh menikmati penstriman muzik dan video, menghantar mesej sosial, melayari media sosial, bermain permainan mudah alih serta strim secara langsung setiap hari pada bila-bila masa tanpa kebimbanga­n.

Bagi info lanjut mengenai #UnlimitedF­lavours Festival, orang ramai boleh melayari www.instagram.com/MyUMobile

 ??  ?? PENGUNJUNG berpeluang menikmati aiskrim di trak #UnlimitedF­lavours yang disediakan.
PENGUNJUNG berpeluang menikmati aiskrim di trak #UnlimitedF­lavours yang disediakan.
 ??  ?? SATU daripada gerai di #UnlimitedF­lavours Festival di Dataran Pahlawan Banda Hilir sempena Piala Dunia.
SATU daripada gerai di #UnlimitedF­lavours Festival di Dataran Pahlawan Banda Hilir sempena Piala Dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia