Harian Metro

Amanat syahadah

- Muhammad Saufi Hassan cnews@nstp.com.my

 Pemuda 25 tahun redah rimba belantara bawa mesej Islam

Usianya baru menjengah 25 tahun namun baktinya dalam mengembang­kan syiar Islam dalam kelas tersendiri apabila sanggup menyusuri sungai, jalan tanah merah dan meredah rimba belantara semata-mata mahu membawa misi Islam ke seluruh pelosok negara.

Lelaki ini yang juga anak kepada pendakwah terkenal Mohd Fadli Yusof sanggup meninggalk­an dunia mudanya apabila memberi dedikasi penuh bagi melaksanak­an misi syahadah kepada orang bukan Islam.

Hasil usaha belia ini, Muhammad Safwatulla­h bersama bapanya berjaya membawa hampir 800 orang untuk memeluk Islam dan ia tidak terhenti di situ saja sebaliknya program pembanguna­n dakwah dan pengenalan Islam diteruskan hingga kini.

Muhammad Safwatulla­h sudah mula mengenali dunia dakwah seawal usia 19 tahun hasil didikan bapanya dan dia meneruskan usaha membawa misi memperkena­lkan Islam kepada bukan penganutny­a.

“Misi dakwah saya serta keluarga bukan hanya tertumpu di Semenanjun­g sebaliknya banyak memberi fokus kepada kawasan pedalaman di Sabah kerana lokasi itu kurang dimasuki oleh pendakwah Islam.

“Menerusi misi syahadah ini, kami cuba memperkena­lkan Islam kepada mereka dan Alhamdulil­lah, mereka menerimany­a.

“Pada peringkat awal memang mereka menolak. Biasalah itu lumrah dalam kita berdakwah. Ugutan dan ancaman itu biasa bagi kami,” katanya.

Muhammad Safwatulla­h berkata, kebanyakan teknik dakwah dipelajari daripada bapanya yang tidak henti memberikan dorongan dan galakan kepadanya.

“Dakwah ini adalah tugas dan tanggungja­wab kita. Ia bukan tugas separuh masa atau kerja sukarelawa­n sebaliknya ia adalah tanggungja­wab kita sebagai orang Islam.

“Kesukaran dan kepayahan dalam berdakwah adalah lumrah. Kesukaran itu juga digambarka­n dalam sirah Rasullulla­h.

“Jadi, jika saya berdepan dengan sebarang kesukaran, saya ingatkan sirah nabi memandangk­an Rasulullah lebih banyak cabarannya berbanding dengan kita,” katanya. Gombak: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Permaisuri Bainun, Ipoh muncul juara pertanding­an Cabaran Inovasi Stem Zon Tengah 2018 apabila menewaskan 24 sekolah lain dalam kejohanan yang mendedahka­n pelajar dengan kemahiran bidang sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik.

Kemenangan itu melayakkan mereka menyertai pertanding­an peringkat kebangsaaa­n yang membolehka­n pemenang dibawa menyertai cabaran ke peringkat lebih tinggi.

Program anjuran Tabung Haji bersama Kelab TAHA Tabung Haji itu adalah kendalian Berkat Minda Recources dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang turut mendapat pengiktira­fan Kementeria­n Pendidikan.

Pengarah Tabung Haji Perak Rozimin Ahamed Kamil berkata, UKM yang banyak melakukan kajian berhubung inovasi dan pembanguna­n akan menjadi pembimbing kepada pelajar merealisas­ikan atau mengilhamk­an ciptaan mereka.

Menurutnya, universiti itu bukan saja membawa kepakaran yang ada, malah turut dibantu golongan siswanya sekali gus mewujudkan komunikasi dalam kalangan pelajar untuk mendapat maklumat lanjut projek.

“Saya percaya kepakaran yang ada dalam kalangan siswa UKM dapat dikongsi dan diterjemah­kan oleh pelajar yang mengambil bahagian,” katanya.

Seramai 100 pelajar membabitka­n 25 sekolah dari Perak, Selangor, Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya mengambil bahagian dalam pertanding­an yang diadakan di Kolej Vokasional Gombak, semalam.

 ??  ?? MISI dakwah di sekitar pendalaman Sabah.
MISI dakwah di sekitar pendalaman Sabah.
 ??  ?? ANTARA peserta yang diumumkan layak ke peringkat akhir, semalam.
ANTARA peserta yang diumumkan layak ke peringkat akhir, semalam.
 ??  ?? MUHAMMAD Safwatulla­h ketika misi dakwah di sekitar pedalaman Sabah.
MUHAMMAD Safwatulla­h ketika misi dakwah di sekitar pedalaman Sabah.
 ??  ?? MOHD Fadli mengajar sembahyang kepada saudara baru.
MOHD Fadli mengajar sembahyang kepada saudara baru.
 ??  ?? MENYUSURI sungai, jalan tanah merah dan meredah rimba belantara untuk membawa misi Islam ke seluruh pelosok negara.
MENYUSURI sungai, jalan tanah merah dan meredah rimba belantara untuk membawa misi Islam ke seluruh pelosok negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia