Harian Metro

Demimu Qaseh

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@nstp.com.my

Sesukar mana ujian diberikan Allah SWT, kehidupan tetap perlu diteruskan demi anak yang sedang membesar.

Itu yang dirasai Muliati Muslim, 35, selepas kehidupann­ya sekeluarga diserikan dengan anak perempuan yang menghidap sindrom Wolf Hirschhorn iaitu sejenis sindrom gangguan kromosom.

Muliati berkata, dia perlu tabah kerana anak istimewany­a, Nur Qaseh Amanda Hussaini, 7, memerlukan lebih perhatian berikutan mengalami kerosakan otak, perkembang­an fizikal terbantut, tulang belakang bengkok dan jantung berlubang.

Katanya, disebabkan itu juga dia terpaksa berhenti kerja sebagai jururawat di hospital swasta dan kini berniaga makanan dan minuman kecil-kecilan bagi menampung perbelanja­an harian mereka sekeluarga.

Malah kisah Nur Qaseh Amanda pernah disiarkan media tahun lalu, yang mengundang simpati masyarakat dan derma untuknya diperluask­an.

“Walaupun menerima bantuan, perbelanja­an tinggi terutama keperluan Qaseh yang perlukan susu khas, lampin pakai buang, ubatannya dan kos berulang-alik ke hospital untuk rawatan susulan.

“Adakala tidak sampai hati melihatnya terbaring di

 Ibu sanggup berhenti kerja jaga anak hidap penyakit sindrom gangguan kromosom

kerusi kedai apabila saya dan suami (Hussaini Amir, 36) berniaga tetapi apakan daya, kami terpaksa bawanya bersama ke gerai,” katanya ketika ditemui di sini.

Ibu tiga anak berusia tiga hingga lapan tahun itu berkata, anak keduanya itu mudah terkena sawan apabila cuaca panas dan dia perlu berulang-alik tiga hingga empat kali dari gerainya di Klebang ke rumah di Kampung Solok Biak, Tanjung Kling, untuk memandikan Nur Qaseh agar sentiasa segar.

“Sebelum keluar,

saya akan uruskan dia terlebih dahulu. Mujurlah dia tidak banyak ragam, seakan memahami apa dilalui emak dan ayahnya.

“Punca pendapatan kami memang bergantung kepada hasil jualan sahaja. Jadi setiap hari saya akan keluar berniaga kecuali kalau keadaan Qaseh lemah, maka hanya suami akan uruskan (gerai),” katanya.

Menurutnya, Nur Qaseh juga baru selesai menjalani pembedahan mengatasi masalah lelangit sumbing di Hospital Melaka, Isnin lalu.

 ??  ?? MULIATI (kiri) memberi ubat kepada
Nur Qaseh Amanda.
MULIATI (kiri) memberi ubat kepada Nur Qaseh Amanda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia